Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI YANG SURUH KAJI PERHUBUNGAN PAS DGN PKR DAN DAP

Salam

MEREKA SEOLAH SAYANG KEPADA PAS, LALU MENEGUR PAS BERKAWAN DENGAN DAP DAN PKR SEOLAH PAS SUDAH TERPERANGKAP DAN SUKAR UNTUK BANGUN

Alkesah maka tersebutlah cerita bahawa PAS telah kalah di DUN Galas Kelantan adalah kerana rakyat kononnya telah menolak PAS kerana berkawan dengan DAP dan PKR, maka sebab itulah PAS kalah teruk di Galas Kelantan, kemudian dari itu maka berkatalah sekalian jembalang-jembalang dari veteran UMNO termasuk Mahadzir A/L Muhammad, Nakhaie A/L Ahmad yang meninggalkan PAS, dan yang lainnya semuanya menyalahkan PAS yang kalah kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP

Alkesah ! Alkesahnye ! Maka tersebutlah kesah terkenang-kenang akan wajah PAS yang membantu BN/UMNO selepas 13 May 69 yang mana PAS menyokong UMNO ketika itu hampir pupus dan runtuh maka dihulurkanlah tangan PAS untuk menyelamatkan UMNO dengan menyertai BN, maka selamatlah BN/UMNO pada ketika itu, akhirnya PAS hilanglah kuasanya di negeri Kelantan dan diterajang pula daripada BN, maka tersungkurlah PAS dan membawalah dia akan dirinya tanpa  siapa kesian

Maka tersebutlah alkesahnya apabila PAS sudah hilang kuasa dan ditendang pula daripada BN maka membawa dirilah dia tanpa siapapun yang menasihatkan akan dia, kemudian berazamlah PAS untuk bangun kembali dengan berbagai usha dan rintangan telah dilalui  disamping mengadu kepada Allah akan perbuatan BN/UMNO kepada mereka, maka didengarlah oleh ALLAS akan rintihan PAS kemudian lalu Allah memberikan kemenangan terhadapnye dengan bantuan daripada kekawan mereka dari PKR dan DAP

Al kesah apabila PAS telah menang bersama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat maka ramailah pula orang UMNO yang melompat dan menyokong PAS,DAP dan PKR, maka dengan kemenangan tersebut maka gerhanalah UMNO dengan sungul sekali sehingga kehilanganlah mereka itu akan kuasa, lalu mereka merayu kepada PAS supaya menubuhkan kerjasama dengan menubuhkan UG (United Govermen) dan pada masa yang sama mereka cuba memisahkan PAS dari DAP dan juga PKR

Syahdan maka tersebutlah kesah pengalaman hitam dan pahit yang telah dilalui oleh PAS dulu ketika mereka bersama UMNO maka tangan yang dihulur oleh UMNO telah ditolak oleh PAS takut pisang berbuah dua kali yang membawa  celaka badan, maka dimakilah oleh UMNO akan  PAS terutama NIK Aziz, maka berkatalah UMNO Nik Aziz sesat, Nik Aziz kafir, Nik Aziz haramjadah, Nik Aziz Najis, Nik Aziz celako Nik Aziz Syaitan dan berbagai lagi, maka pilulah hati orang tua tu, lalu dia tidak peduli dengan nasihat siapapun kecuali dia akan melihat akan kebenaran saja setelah UMNO memberikannya pelajaran


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.