Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHKAMAH TEGANG ?

Salam

MENGAPA MAHKAMAH TEGANG ? PENDAKWA MENYARING SEMUA BUKTI ? HAKIM DIMINTA LUCUTKAN KELAYAKAN ?

Apabila hakim sudah tidak dipercayai ! Apabila pendakwa raya sudah dipertikaikan ! Apabila mahkamah sudah tercenar dan dicemar ! Apa lagi yang dapat diharapkan, semuanya gara-gara gagal mematuhi peraturan yang dicipta sendiri iaitu akta kenyataan sek 45 tahun 1950, nampaknya akta ini memakan diri sendiri, seolah-olah menahan jerat kemudian terkena tengkok sendiri, inilah dia ciptaan undang-undang sendiri yang dikatakan keluhuran undang-undang yang termasuk didalam rukun negara

Mahkamah yang membicarakan kes liwat Dato Sri Anuar Ibrahim menjadi kecoh kerana undang-undang akta 45/1950 ini, memakan tuan rupanya undang-undang ini, Anuar pagi ini sudah hilang pertimbangan kerana dia rasa pada akta inilah dia akan menjadi timbul ataupun tenggelam, apabila Karpal bertanya kepada doktor yang berkaitan maka doktor itu banyak menjawab tidak ingat ? Apakah doktor ini fikir kes ini main-main ? sementara pendakwa raya pula menjawab secara tidak demokrasi dengan menuduh Anuar tidak faham undang-undang ?

Rasanya pemikiran orang kampungpun faham perangkap yang dipasang oleh Mahkamah tentang akta keterangan Sek 45/1950 ini yang menunjukkan keluhuran undang-undang dan demokrasi tertutup rapat terhadap orang yang kena tuduh, mungkinkah didalam pemikiran orang kampung mengsyakki bahawa dokumen perubatan yang dipinta sebenarnya adalah kepunyaan orang lain ? Demikian syak orang kampung terhadap kes Dato Sri Anuar Ibrahim ini, ini menunjukkan mahkamah sudah tidak berwibawa sebab itulah juga Karpal Singh akan membuat permohonan supaya hakim ditukar besok

Orang kampung tentunya merasa malu dengan permohonan Karpal ini kerana apa yang telah jelas ialah mahkamah telah menjadi buruk imejnya dimata orang kampung dan antara bangsa, keluhuran undang-undang telah tercemar kerana pengamal undang-undang telah dipertikaikan kewibawaannya diwaktu yang sama keluhuran undang-undang negara tetap juga disuruh rakyat menghormatinya, ini menunjukkan undang-undang negara sudah menjadi undang-undang rimba sekali gus menampakkan pemerintah negara turut menjadi lemah dan tidak boleh dipercayai lagi kerana perlantikan pegawai undang-undang merekalah yang melantiknya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.