Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SERONOK SEMBANG DENGAN UMNO

Salam

Dalam UMNO jika mereka dari golongan Dato dan Tan Sri yang sudah tidak lagi jadi wakil rakyat maka mereka akan diberikan peluang berniaga, ada yang telungkup dan ada yang berjaya yang telungkup biasanya tidak dapat sambung kontrak perniagaan, alasannya ? Mereka kata persaingan terlalu hebat, yang hebat itu biasanya ada duit lebih bagi derma pada parti dan parti akan ushakan kontrak yang lain, sambung kontrak ...

Kadangkala golongan yang tidak dapat kontrak call kita sembang-sembang politik, kadangkala dua tiga orang dato' berkumpul dengan yang tidak dato' dan sambil minum sambil sembang, sambil itu panggil lagi dato' join sama, kembarkan meja kat restoran tu, akhirnya ramailah mereka berborak politik, kita dari bulan ni kadangkala terasa janggal juga dengan puak-puak ni kerana kebanyakan mereka bercakap pasal politik hentam sesama sendiri, bila mereka agak tegang kita tolong setel jika ada bab hukum ditanya

Dato'
Pak Karamu, betulkah niat orang Pas mahu memperjuangkan islam ?

Pak Karamu
Mengikut dasar parti itu memanglah betul, saya rasa hal tersebut adalah maklum

Dato' 1
Tapi sudah sekian lama Pas memperjuangkan islam akan tetapi tidak nampakpun islam yang diperjuangkan

Pak Karamu
Dato' mahu islam yang macam mana yang Dato' hendak lihat Pas lakukan sehingga Dato' berpuas hati ?

Dato' 1
Islam yang semua orang boleh terima, jika boleh semua kaum boleh terima, barulah islam itu dihormati !

Pak Karamu
Apa yang menjadi masalahnya Dato' ialah orang ramai hanya boleh menerima islam jika kehendak mereka dituruti, sedangkan islam ada batas sempadan halal dan haramnya, kerana islam ada panduan untuk di ikut

Dato'
Bila agaknya Pas mahu laksanakan hukum hudud, barulah nampak Pas memperjuangkan islam tulin

Pak Karamu
Jika kebanyakan umat islam membantu Pas untuk melaksanakan hukum hudud  mungkin  boleh berjaya kerana  Pas memerlukan ramai wakilnya di Parlimen sedangkan ramai wakilnya kalah di tangan Bn, pun begitu Pas memang pernah meminta kerajaan pusat meminda perlembagaan negara bagi membolehkan Pas melaksanakan hudud sekurang-kurangnya di Kelantan akan tetapi UMNO bantah, malah hendak ambil tindakan undang-undang keatas Pas

Dato 1
UMNO tidak bantah jika sekiranya hudud yang Pas bawa benar-benar Hudud islam, apa yang UMNO lihat hudud itu macam hudud yang Pas cipta sendiri !

Pak Karamu
Boleh Dato' terangkan tentang mana macam hudud Pas itu ? Sedangkan hudud yang disediakan Pas dulu dibantu oleh Prof Ibrahim dari UIA, takkanlah ia dicipta mengikut acuan dan kehendak Pas, hudud adalah hududullah (hukum had dari Allah) yang susahnya kita suka ikut cakap orang yang tidak faham
Dato'
Ok lah, ok lah ! saya setuju dengan Pak Karamu, memang hudud itu betul tapi mungkin ia ditolak sebab takutkan orang bukan islam tidak mahu terima dan mereka akan menjauhkan diri dari UMNO dan akan hilang sokongan, sebab itu kerajaan tolak

Pak Karamu
Itulah yang sebenarnya ! Sebab ada kepentingan politik disitu, lalu UMNO tolak, sedangkan Allah bagi tahu "jangan takutkan manusia akan tetapi takutlah kepada KU"

Dato' 1
Jadi nampaknya Pas sia-sia sahaja memperjuangkan islam kerana Pas tidak akan berjaya sampai bila-bila, bukankah lebih baik Pas menyertai UMNO 

Pak Karamu
Jika Pas menyertai UMNO islam semakin jauh di hati orang islam kerana sekian lama UMNO memerintah di negara ini mereka tidak langsung mahu bercakap tentang hudud (hukum Tuhan) yang mereka war-warkan hanyalah syi'ar islam yang tidak membawa kepada akidah, sebab itu kita lihat sekarang kebanyakan orang islam telah rosak akidah terutama orang melayu yang menganut agama islam

Dato'
Betul tu ! Eh ! akidah tu apa yang sebenarnya ?

Pak Karamu
Akidah itu ilmu yang berhubung dengan manusia dan Tuhan iaitu perhubungan diantara manusia dan Tuhan, Tuhan sebagai tuan kita, sementara kita ini adalah hambaNya jadi kita kenalah ikut arahan Tuan kita, jika tidak kita ini hamba apa namanya ?

Dato' 1
Oklah ! Yang orang melayu  marah pada Pas ni ialah kerana Pas berkawan dengan DAP yang terang-terang menolak islam, jadi kita minta Pas elok keluar dari Pakatan Rakyat

Pak Karamu
Oooooo ! mungkin inilah yang sebenarnya tujuan kita bercakap petang nih, Ok lah mari kita buka dengan terbuka minda kita dan kita fikirkan secara ikhlas, bagaimana jika saya katakan  UMNO sendiri tidak mahu kepada islam ? Sebab jika UMNO berminat dengan agamanya sudah tentu mereka laksanakan atau sekurang-kurangnya mereka tukar perlembagaan parti mereka kepada berlandaskan islam yang berpandukan al quran dan hadis, sementara orang bukan islam tak payahlah kita sebut kerana sudah maklum

Dato'
Oklah, Pak Karamu ada kuliah malan ni, nanti kita sambung ........





3 orang berkata:

tungkaran hati.blogspot said...

Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

mosabit said...

BABI TUNGGANGAN TU KAMU...

CUMA NAMA KAMU TU DAH DI KOMESYELKAN MENJADI.. TUNGKARAN HATI....

HATI...BUNYI BABI...

TUNGKARAN...BUNYI TUNGGANGAN..

KAH KAH KAH KAH KAH .....GELI PAYU DARA AKU......

Anonymous said...

kalau hukum hudud punya bab...teringat aku kat seorang ustazah ni ...mashitah...yg suke hati mempersoal pasl hukum hudud..""kalau budak tu mencuri lagi takkan nk potong tangan yg lgi sebelah lagi kot??pastu kalau mencuri lagi potong plak kaki dia...ha ni la antara ayat dia yg pkai otak udang semata2...baru ni aku terbaca dekat paper..ada budak tnya dia pasal hukum cukur kening...dengan selamba dia ckp boleh cukur n dia mention ""pompuan wajib jaga penampilanya""apa ni ustaza?????suma dihalalkan sesuka hati....wat the heck....jangan terkejut kalau satu hari suma wanitaa2 yg kat malaysia xde lgsung bulu kuning...asal hujan je bulu kening pun hilang akibat ustazah sesat nii

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.