DR MOHD REDHUAN TEE MEMINTA PAS BERKORBAN UNTUK BERSATU ?
Dr Redhuan Tee mungkin bersikap jujur apabila mengulas ajakan daripada ketua penerangan UMNO kepada PAS supaya menyertai Barisan Nasional katanya untuk perpaduan islam ? Permintan ketua penerangan UMNO itu telah ditolak oleh ketua penerangan PAS (Idris Ahmad) mentah-mentah dan dikatakan juga Presiden PAS telah meminta UMNO mengundurkan diri jika kalah dalam PRU 13 nanti dilihat oleh Redhuan Tee sebagai pandangan yang angkuh dan sombong
Redhuan mungkin juga ikhlas membuat pandangannya akan tetapi Redhuan tidak berada di dalam PAS sebab itu dia minta PAS berkorban demi bersatu, andainya Redhuan berada didalam jama'ah PAS dia juga tidak sanggup berkorban untuk bersatu didalam BN kerana PAS sudah melakukan yang terbaik bersatu didalam BN selepas May 13 69 dan akhirnya PAS telah dikorbankan oleh BN dengan menendang keluar dari BN ,, Redhuan tahu atau tidak cerita ini ?
Redhuan tidak banyak tahu bagaimana sakitnya PAS ketika masa itu dan atas perbuatan UMNO itu PAS hanya minta UMNO memohon ma'af atas perbuatannya akan tetapi UMNO tidak pernah merasa bersalah atas perbuatan kejamnya, jika Redhuan Tee nampak PAS sebagai sombong dan angkuh akan tetapi Redhuan tidak nampak yang UMNO bersikap KEJAM mengapa ? Apakah Reduan ini seorang UMNO yang baik ?
Ulasan Dr Redhuan Tee nampak cantik didalam ulasannya pada harian mingguan Malaysia hari ini, dan dalam ulasannya orang bodohpun faham bahawa dia agak berat sebelah UMNO ketika membuat ulasan, Pak Karamu rasa dia bukan orang yang layak bercakap tentang pengobanan untuk bersatu, dia perlu faham banyak hal tentang perangai orang UMNO dan kehendak islam terhadap manusia kemudian barulah dia boleh membuka mulutnya untuk bercakap
Apa yang Dr Redhuan Tee perlu faham ialah bahasa UMNO dan baunya sangat berbisa, yang Redhuan faham hanyalah bahasa Idris Ahmad dan Haji Hadi Awang sahaja jika redhuan tak tahu adalah lebih baik Reduan tutup mulut sekalipun pandangan kamu adalah sikap pribadi dan jangan bercita-cita hendak menjadi agen UMNO pulak
2 orang berkata:
Satu pandangan Ikhlas Redhuan yg tidak pernah disepak terajang dlm perjuangan. Kita berbaik sangka ajelah.
kan lagi bagus kalau umno boleh berkorban. bubarkan umno semua ahli umno masuk pas.. haaa!! itu baru cantik.
Post a Comment