TUNJUKKAN BUKTI PERMOHONAN !
PENGARAH PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROC) DATO MOHD ALIAS KHALIL BERKATA PEHAKNYA MASIH BELUM MENERIMA PERMOHONAN PR
Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari parti-parti PAS,DAP dan PKR telah memohon pendaftaran sebagai sebuah parti komponen masih lagi belum mendapat kelulusan dari pendaftar pertubuhan tersebut sedangkan pilihanraya umum ke 13 DAN PILIHANRAYA SARAWAK semakin hampir
Sementara menteri dalam negeri Dato Hishamuddin berkata PR sebenarnya tidak setabil sebagai sebuah parti komponen, dan pengarah pertubuhan Dato Mohd Alias Khalil pula menafikan ada menerima permohonan daripada Pakatan Rakyat sedangkan dikhabarkan permohonan tersebut sudah lama dihantar, jadi siapa yang berbohong ?
Rakyat rata-rata mahu perubahan didalam negara ini dan mahukan Pakatan Rakyat memerintah terutama kalangan muda, mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat bergabung menjadi sebuah parti sepertimana Barisan Nasional terutama menghadapai pilihanraya negeri Sarawak
Rakyat negeri Sarawak mahukan Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti untuk menyaingi Barisan Nasional demikian juga rakyat di Malaysia Barat, dan Pakatan Rakyat jika benar mereka telah membuat pendaftaran maka mereka perlu membuktikannya sekurang-kurangnya salinan permohonan tersebut perlulah disiarkan sebagai bukti bagi membongkar pembohongan daripada Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (ROC) andainya salinan permohonan tersebut tidak ada maka sahlah Pakatan Rakyat yang berbohong
Tinjauan yang dibuat menunjukkan orang ramai mahukan Pakatan Rakyat didaftar sebagai sebuah parti dan mungkin juga BN/UMNO telah meneroka pandangan orang ramai dan mendapati rata-rata rakyat mahukan perubahan dengan memilih parti gabungan dibuat, agaknya sebab itu menteri dalam negeri berdolak dalih membuat kenyataan, demikian juga dengan Pengarah Pendaftaran Pertubuhan tersebut sebab BN akan hancur dan hilang kuasa apabila Pakatan rakyat bertanding dibawah satu lambang parti
0 orang berkata:
Post a Comment