Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH KEPADA JOHARI ABD GHANI

Salam

PEMANGKU KETUA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA YANG BIJAK LAKSANA, UCAPANNYA BISA MENUMBANGKAN SEBUAH KERAJAAN

Ucapan Johari Abd Ghani "Kita tidak memerlukan pengundi Cina dan India apabila sesebuah bahagian itu mempunyai pengundi melayu seramai 70%" ucapan ini mungkin ada kebenarannya kerana setiap melayu adalah bernaung pada parti UMNO dan melayu islam tentunya berada didalam parti Pas, jadi dia merasakan orang islam dan UMNO adalah berbeza dengan  begitu jauh dan penyokong Pas tentunya amat sedikit jadi sudah tentu UMNO tidak memerlukan pengundi bangsa lain iaitu Cina ,India dan termasuklah melayu islam

Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO sekalipun ramai yang menggelengkan kepala tapi mengikut percaturannya melayu tidak akan lari dari menyokong UMNO sebab itu dia begitu berani membuat kenyataan tersebut mengikut perkiraannya, UMNO setiap hari menyatakan bahawa mereka sudah pulih jadi dia tentunya merasa konfiden dengan kepulihan UMNO tambahan lagi yang selalu menyatakan pulih itu adalah pucuk pimpinannya, jadi dia tentunya tidak meraguinya

Orang cina dan India tentunya marah dengan ucapan Johari Abd: Ghani ini kerana mereka merasakan khidmat mereka tidak diperlukan oleh UMNO lagi dan merasakan mereka tidak berguna langsung kepada UMNO jadi mereka mungkin berhak merasa marah dan mungkin juga si Johari ini pernah terdengar kaum lain bercakap seperti apa yang telah diucapkannya di Perhimpunan Agong tersebut, jadi dia mungkin seperti hendak membalas dendamnya sekalipun ia merugikan UMNO

Walau apapun apa yang telah dilakukan oleh Johari Abd Ghani ini suatu yang sangat malang kepada UMNO kerana mungkin VCD nya mungkin akan menjadi modal yang besar bagi Pakatan Rakyat untuk meraih keuntungan dan kemenangan tambahan lagi PRU 13 sudah hampir tersangat dekat jadi VCD tersebut tentunya tersangat laris dijual dan mungkin boleh dapat keuntungan yang sangat lumayan, Pak Karamu rasa dengan VCD Johari Abd Ghani ini akan menumbangkan kerajaan BN/UMNO pada PRU 13 nanti

Terima kasih bebanyak la Johari Oiiii !


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.