Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA DIPECAT TUBUH PARTI BARU ?

Salam

JIKA ZAID IBRAHIM DIPECAT DARIPADA PKR MAKA DIA AKAN TUBUH PARTI BARU

ANALISA PAK KARAMU:

Ekoran pemilihan didalam PKR yang kecoh menampakkan parti tersebut belum lagi culup kuat untuk bergerak sebagai sebuah parti politik sekalipun PKR dianggotai oleh orang politik yang berpengalaman  dan sekalipun mereka mahukan perubahan didalam negara daripada tidak baik kepada yang terbaik untuk rakyat

Pada hemat saya apa yang berlaku pada parti PKR adalah kerana tiada tarbiyah yang betul atau mereka mengabaikan tarbiyah terhadap ahlinya sebagai pejuang keadilan untuk membela rakyat, sepatutnya PKR wajib melihat kepada perjalanan parti dan pimpinannya terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa aktiviti parti

Adalah tidak dinafikan bahawa rakyat di negara ini mahukan perubahan dan mereka rata-rata mengharapkan PKR dapat berjalan dengan baik malangnya parti tersebut telah dilanda dengan berbagai-bagai kerenah dan masalah bermula dari pucuk pimpinan sehinggalah kepada golongan bawahan yang sentiasa bermasalah

Penarikan diri calon-calonnya (melompat parti) cukup mengeciwakan rakyat seolah-olah parti PKR ini tiada berpendirian dan berbeza dengan perjuangan yang dibawa oleh UMNO, masalah kroni masih tiada  menebal  dan tiada berbeza dengan perjuangan UMNO masing-masing mahu naik keatas tanpa menyedari kelayakan diri mereka untuk dinilai oleh rakyat

Sepatutnya PKR perlu membezakan perjuangan mereka dengan BN/UMNO yang kelihatan masih kuat dan mempunyai kuasa sekalipun mereka  kalah di negeri yang tertentu jadi PKR tidak boleh mengikut rentak perjalanan mereka apa yang penting mereka hendaklah sentiasa mengingatkan bahawa mereka sentiasa mencari ruang bekerja keras dan kuat dalam satu team untuk menegakkan keadilan

Pak Karamu tidak fikir Zahid Ibrahim akan dipecat daripada PKR kerana menyalahkan bosnya dalam perkara pentadbiran parti yang dianggapnya lemah, andainya nanti dia benar-benar dipecat kerana dianggap sebagai duri didalam daging maka PKR akan jadi arang kerana pengikut Zaid Ibrahimpun bukannya sedikit malahan dia mampu menubuhkan parti baru Keadilan dan menarik sebahagian daripada anggota parti PKR yang ada kerana dia mampu berbuat demikian dan mempunyai wang yang mencukupi untuk berbuat demikian

Ambil yang jernih buang yang keruh, perbetulkan akhlak anggota parti dan bimbing mereka untuk memperkokohkan parti, tanamkan semangat setiakawan dan lihat dimana kelemahan diri masing-masing

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.