DIDALAM PKR MUNGKIN ADA YANG DIANGGAP SEBAGAI ANAK TIRI
Jika seorang bapa tidak boleh berlaku adil kepada anak-anaknya maka tunggulah kehancuran rumah tangga tersebut, anak-anak akan menghancurkan rumah tangga yang didirikan oleh bapa dan Ibunya sendiri, dan jiran akan memandang dengan penuh minat terhadap rumah tangga yang dibena dan berwaspada kerana takutkan tempiasnya akan mengundang mala petaka
Apa yang jelas sekarang parti PKR sedang diperhatikan oleh jirannya dari PAS dan DAP sementara BN/UMNO sedang berusha dengan caranya sendiri untuk merobohkan PKR walau dengan apa cara sekalipun kerana musuh ketat mereka adalah pimpinan PKR yang telah banyak membuat kerosakan kepada parti mereka sehinggakan berpecahbelahnya sokongan orang melayu kepada UMNO sekalipun ianya bersebab
Apabila seorang bapa sudah tidak boleh dipercayai oleh anak-anaknya sendiri apakah yang akan berlaku ? anak-anak memang sudah maklum tentang peranagi bapa masing-masing kerana mereka makan sepinggan, tidur sekelambu dan mandi sepancur, sudah faham bau dan rasa yang tidak perlu ditapis dan diragui lagi
Persoalan yang timbul apakah anggota rumah yang telah pincang itu akan diperbetulkan supaya ia mendapat kepercayaan daripada jirannya supaya rumah tangga tersebut terus mendapat kepercayaan daripada jiran mereka ? Terpulanglah kepada PKR sama ada mahu berlaku adil terhadap seisi keluarganya atau jiran akan hilang pepercayaan terhadap mereka kerana tidak berlaku adil terhadap keluarganya sendiri
Bagi PAS dan DAP mungkin mereka akan melihat dan menilai kiranya PKR sendiri tidak boleh berlaku adil terhadap keluarganya apa lagi yang diharapkan oleh PAS dan DAP terhadap parti tersebut
FIKIR-FIKIRLAH !
1 orang berkata:
yeah hebatnya...
Post a Comment