INDAHNYA BERKHALWAT ! SIAPA YANG MERASA MAKA MEREKA AKAN FAHAM NIKMATNYA !
Perkataan KHALWAT diguna pakai oleh orang agama apabila mereka merasakan teringin mencuba dan teringin merasa kenikmatan beribadat kepada Tuhan dengan berzikir memiji kebesaran Tuhan dengan mengasingkan diri mereka daripada khalayak ramai buat sementara waktu, khalwat lebih baik dan afdalnya di masjid namun ramai yang sukakan di pondok yang terpencil kerana suasana yang aman dan tidak ada gangguan dari jama'ah yang lain yang kadangkala boleh mengganggu mereka seperti bersembang dan membaca terlalu kuat yang menyebabkan hilang tumpuan kepada yang berkhalwat
Menggunakan istilah KHALWAT seperti di Galas dengan tujuan untuk memalukan orang lain adalah bertentangan dengan ajaran agama islam kerana perkataan KHALWAT adalah murni disisi agama islam, mereka yang menggunakan perkataan murni itu kepada maksud bersekedudukan lelaki perempuan dengan cara bersunyi-sunyian kerana membuat maksiat tidak boleh menggunakan perkataan KHALWAT kerana ia dilihat sebagai mencemarkan istilah agama dan hukumnya adalah berdosa
0 orang berkata:
Post a Comment