JIKA ZAID IBRAHIM MENUBUHKAN PARTI BARU MAKA IA AKAN TERSUNGKUR LEBIH AWAL
Andainya Zai Ibrahim menubuhkan parti baru maka kita mahu tahu apakah dasar perjuangan yang dia bawa, dan keahliannya adakah terbuka untuk rakyat Malaysia ataupun tidak, andainya parti yang baru itu berdasarkan keadilan dan kebenaran maka ia terlalu sukar untuk rakyat untuk mempercayainya kerana politik dan rakyat dinegara ini perlukan berbagai-bagai muslihat dan berbagai-bagai muslihat tersebut memaksanya untuk tidak bersifat lurus, inilah realiti pemikiran yang terdapat didalam benak rakyat melainkan dasar parti itu mengambil kira soal dosa dan pahala
Membuka keahlian kepada berbagai-bagai kaum mungkin relevan namun sudah ada parti yang berbuat demikian, contohnya PKR,DAP dan PAS dan disini hanya PAS sahaja yang dasarnya adalah islam sementara didalam BN/UMNO juga terdapat parti berbilang kaum akan tetapi ia dikemudi didalam satu ikatan yang agak besar yang diberikan nama Barisan Nasional yang berasaskan menjaga kaum-kaum didalamnya, jadi jika parti baru akan didaftarkan maka rakyat mungkin tidak berminat untuk menyertai parti baru kerana dasar parti-parti dinegara ini sudah cukup untuk menjadi pilihan rakyat
Adalah lebih baik Dato Zaid tidak menubuhkan parti yang baru dinegara ini kerana ia adalah sia-sia sahaja melainkan dia lebih relevan menyertai mana-mana parti yang sedia ada di negara ini serta mengukuhkannya
0 orang berkata:
Post a Comment