RAMAI ORANG YANG TIDAK DIKENALI DI GALAS, BILA MEREKA MASUK ?
Galas semakin sebok hari ini, kenderaan mundar mandir, yang tidak tahu bercakap loghat Kelantang lebih ramai dari yang pandai bertutur bahasa tempatan itu, ada juga yang cuba bertutur bahasa Kelantan tapi sumbang ! "ghoyak Kelante apooo lagu tuh ? Tak keno ! Demikianlah Keadaan di Galas sekarang ini, adakah mereka ini sebahagian hantu-hantu luar ?
Daftar pengundi sentiasa disemak, jumlahnya mungkin tidak akan berubah, namun yang telah meninggal dunia akan digantikan oleh hantu-hantu tersebut kerana tidak cukup masa untuk membuangkannya daripada semarai kerana masa yang suntuk berbuat demikian, hal ini mungkin akan menjadi kecuh semasa membuang undi kerana mayat akan digantikan dengan hantu yang datang dari kuar
udara Galas penuh dengan bau pitih, anak-anak penduduk tempatan Galas kelihatan berbelanja lebih dari biasa, itu satu pertanda bank bergerak sudah berjaya menjalankan operasinya, dikhabarkan pada malam ini setelah tamat tempuh berkempen lagi ramai yang berkeliaran di Galas, kerana rakyat tempatan tidak kemana-mana, maka pada waktu itu sekali lagi bank bergerak akan memainkan peranannya kali ini tak tahulah berapa yang bank akan beri bonus kepada mereka
Masuk pitih dalam sampul surat kemudian masukkan ikut celah pintu terus masuk kedalam rumah pada waktu subuh ketika penghuni belum lagu jaga (sekitar pukul 2.30 hingga 4) dalam sampul surat hanya tulis TOLONGLAH UNDI BN/UMNO, inilah tektik kotor yang lama yang masih lagi dianggap selamat cara merasuah pengundi, ada juga khabar berita mereka tidak buat pada malam hari akan tetapi mereka akan buat pada siang hari ini semasa ziarah pengundi akhir
SERAHKAN KEPADA ALLAH SAHAJA
0 orang berkata:
Post a Comment