Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKHIRI ISU INI DENGAN TERBUKA TANPA MENGIKAT DIRI

Apr 5, 2011


Analisis AdukaTaruna isu seks Anwar Ibrahim.

Oleh : AdukaTaruna

Ini adalah bacaan berat. Ramalan dan teori. Agak2 lu tak faham, tak suka, lu angkat kaki awal lah yer. Beberapa rakan gua tidak setuju apabila gua memilih untuk meminta Anwar sumpah laknat untuk dapatkan keyakinan gua.

"Payah gua nak terangkan apa yang gua faham berbanding apa yang lu faham. Mengapa sumpah laknat."

"Bagitaula.. gua akan sokong ikut tajuk. Yeyehh.."

Pendahuluan.

Fisrt, memang superb la otak bani Israel. Kedua, sekiranya mereka menganut Yahudi Ortodok, mereka hampir dengan Islam. Tetapi, sekiranya mereka menganut fahaman Zionis, yakni satu gerakan mendapatkan negara sendiri, walau apa cara, maka, berlakulah apa yang berlaku.

Isu seks Anwar Ibrahim yang dijana APCO ini, menyusahkan gua dan rakyat bawahan. Isu rakyat sudah tidak disentuh. Sikap pukimak Anwar dan keluarga yang enggan memudahkan benda yang mudah demi egoistik, demi political millage, gua maki dan kutuk dengan keras. Sumpah laknat adalah benda yang mudah pada orang biasa, yang dianjurkan Allah. Sumpah, pedulikan, serah kepada Allah dan terus kepada masalah rakyat. 70% beban isu seks selesai.

Analisis gua.


video

Di atas adalah bidio yang tidak lengkap. Apa yang kita boleh belajar darinya, dan dari corak perjalanan isu ini.

[1]

APCO menggunakan kaedah bagi makan 1, kemudian makan lebih besar dari 1. Macam dam haji.

I. 1 ADUN BN Perak lompat PKR. Bersorak. Lompat adalah perbuatan mulia. 3 ADUN PR Perak keluar. Game over.

II. Mahkamah Tinggi menyebelahi Nizar. Bersorak. Ada hakim yang baik. Mahkamah tak semestinya ikut BN. Tak sampai 24 jam, Mahkamah Rayuan menyebelahi BN. Game over.

III. Video seks disebarkan secara tertutup. Terdapat beberapa makanan untuk PR untuk fasa ini.

  • Kamera tidak berwarna
  • Masa dan tarikh rakaman yang didakwa 21 Feb 2011. Pecah kepada 2 makanan lagi. Yakni ALIBI dan PERUT BUNCIT.
  • Tempat kejadian yang didakwa di Kuala Lumpur.
  • Jam tangan edisi khas.
  • Identiti dan motif lelaki berpakaian lengkap. Lelaki C (bukan C++)
[2]

Kamera tidak berwarna seperti itu terlalu remeh. Kamera Chua Soi Lek juga tidak berwarna. Mungkin sebenarnya berwarna dan sengaja diberikan hitam putih pada permulaan ini. Tetapi, apa yang gua khuatirkan ialah makanan 3 buah percaturan lagi.

Pertama, betulkan tarikh 21 Febuari 2011? Atau percaturan yang memaksa Anwar dan kumpulan terperangkap? Anwar fokus kepada alibi 21 Feb 2011. Tetapi gua ramalkan, tidak lama lagi, APCO akan mengeluarkan bukti rakaman itu berlaku lebih lama dari tarikh 21 Feb 2011. Semoga Allah masukkan kita dalam golongan orang2 yang berfikir. Mari kita lihat ini.




Gua ramalkan, tarikh 21 Feb 2011 adalah buah catur umpan. Sebenarnya rakaman tersebut dibuat 2 tahun lalu. Dan berlaku di Thailand. Anwar dan kumpulan adalah otak baka Melayu. IQ standard mereka tidak melebihi 150 pun. Mereka bersilat dengan alibi 21 Feb 2011. Mereka bersilat dengan struktur perut pada 21 Feb 2011 dan Anwar menunjukkan bentuk perut pada 3 April 2011, di sidang media. Hanya 10 hari. Bagaimana bentuk perut Anwar 2 tahun dulu? Bagaimana ada rekod kesihatan Anwar di hospital Malaysia dalam bentuk BMI? Berat dan tinggi 2 tahun dulu? Heh.. genius kan, Bani Israel.

Gua ramalkan, APCO akan mendedahkan tarikh sebenar rakaman. Lokasi sebenar rakaman. Dan bukti pemusnahan kepada alibi Anwar pada tarikh tersebut. 2 tahun adalah perkara yang sukar untuk mangsa mendapatkan alibi. Tetapi 1 tahun adalah paling sesuai kepada pemangsa nendedahkan bahawa mangsa sudah diperangkap. Cuma, maybe 2 tahun kerana berijtihad PRN Sarawak adalah masa terbaik.

Apakah bukti sokongan kepada video itu? Mungkin rekod kemasukan Anwar ke Thailand. Maybe rekod kemasukan hotel Anwar di Thailand. Maybe rakaman Anwar masuk ke hotel. Maybe akuan bersumpah orang yang menyambut Anwar di Thailand dan orang yang menyelesaikan kesemua bil2 tersebut. Bani Israel adalah bangsa terbaik. Cuma kebanyakan mereka melampaui batas kerana tiada kawalan iman.

[3]

Jam tangan edisi khas itu hanya dimiliki oleh beberapa orang sahaja di dunia. Dikatakan pemberian Arab Saudi. Ini adalah satu lagi buah umpan.

"Di manakah jam tersebut?" Umpan APCO.

"Di rumah. Disimpan oleh Wan Azizah." Makan Anwar. Seorang pejuang berbaka Melayu. Yang dahulunya menentang Melayu, kini menentang Bani Israel melalui APCO.

UMNO mendakwa jam tersebut berjaya diambil, berada dalam simpanan UMNO, melalui pelacur tersebut. Ketika sidang media Wan Azizah, UMNO bertanya di mana jam?

Mengikut jadual, Wan Azizah sepatutnya menjawab begini :

"Jika kamu dakwa jam itu berada pada kamu, sila tunjukkan."

Tetapi, dilaporkan, Wan Azizah terpaksa mempertahankan kenyataan Anwar yang pertama. APCO merancang isu jam tangan akan menjadi buah umpan. Akan menjadi cabaran pihak Anwar kepada pihak APCO. APCO menjangkakan Wan Azizah berfahaman, UMNO tidak akan berani menunjukkan jam itu kerana boleh dituduh sebagai pencuri.

Nampaknya, pihak Anwar takut terlalu awal. Gua masih mengkaji perjalanan gerakan catur yang ini. Gua ramal, UMNO akan mengeluarkan gambar jam tersebut, bersama akhbar Utusan bertarikh semasa (terbaru) sebagai bukti, tidak lama lagi. Tidak tahu siapa yang mengeluarkan gambar itu. PDRM akan mempunyai masa lengah dengan alasan akan siasat si pencuri.

[4]

Identiti dan motif lelaki berpakaian lengkap. Lelaki C. Pada gua, dialah boneka utamanya. As penyambut Anwar di hotel, as akuan bersumpah, maybe bapa ayam yang dipercayai Anwar selama ini. Ingat, IQ standard baka Melayu tidak melebihi 150 pun. Mari kita lihat :


video
 

Lihat kedudukan kamera itu dipasang. Itu bukan CCTV. CCTV dipasang pada kedudukan tinggi. Capaian ruang lihat yang lebih menyeluruh. Ini adalah hide cam. Maybe jenis risikan.

Mengapa dipasang pada sudut paras bontot lelaki Asia? Dan mengapa lelaki C hanya berlegar berhampiran hide cam?

Jawapannya, mungkin inilah gerakan yang disusun APCO bagi meyakinkan Lelaki C bahawa, jika dia belot, dia akan kaya, dia tidak akan dicederakan, identitinya selamat dengan kedudukan kamera, prosedurnya ialah jangan berada di kedudukan katil, dan sebagainya.

Penyelesaian.

Benda mudah. Tak payah ego-mego. Tak payah takut untuk kelihatan defensif. Benda yang ada dalam Islam. Sumpah laknat, settle 70% hujah mereka. Gua akan sokong Anwar dengan keyakinan kepada perjanjian dia kepada Allah.

Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak pernah berliwat dalam hidup saya.

Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak pernah berzina dalam hidup saya.

Tak sampai 5 minit, settle.

Lima Soalan Untuk Anwar – Dato’ Eskay

30 03 2011
…pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
 “Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.
Update 11 am 31 March 2011
Saya menerima panggilan daripada Dato’ Eskay lewat malam semalam memaklumkan bahawa beliau tidak berhasrat mengulas kenyataan dan amaran yang diberikan oleh salah seorang peguam Anwar kepadanya berhubung dengan 5 soalan yang dituntut Anwar menjawabnya.

“Maklum pada semua sahabat-sahabat, saya tidak perlu melayan kenyataan itu”, kata Eskay.
Anwar Ibrahim sehingga kini tidak memberi sebarang respons terhadap tuntutan terbaharu Eskay itu, sebalik R Sivarasa semalam memberi amaran kepada Eskay sebagai reaksi kepada 5 soalan yang Eskay minta di tanya kepada Anwar.

Jika Anwar tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, peguamnya seharusnya menuntut Eskay sendiri memberi jawapan kepada ke lima-lima soalan itu dan bukan mengugutnya.
“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata Sivarasa yang di petik dari The Malaysian Insider di sini.
Posting Asal

Setelah lebih satu dekad tidak bertemu, semalam, Dato’ Eskay dan saya ditakdirkan Allah s.w.t bertemu semula di Shah Alam. Panjang cerita kami, kembali ke zaman kami merancang membuat sebuah filem bertajuk ‘Kacau Malaya’ bersama Datin Tiara Jacquelina dan Uwei Hajisaari. Dato’ Eskay masih seperti yang saya ingat tentang beliau, lincah dan sporty.

Di dalam pertemuan semalam, Dato’ Eskay di temani oleh Dato’ Shuib Lazim dan pertemuan itu disertai oleh lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif. Saya berterima kasih kerana dipelawa ikut serta kerana terdapat beberapa soalan yang saya benar-benar mahukan kepastian dari Dato’ Eskay.
Ehsan RBF Online
Dato’ Eskay semalam mengesahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubunginya sewaktu video seks yang dikatakan menyerupai seorang pemimpin pembangkang disiarkan di Carcosa Seri Negara, sebulan selepas rakaman dibuat.

“Eskay! Where are you?” tanya Anwar, menurut Eskay. Data-data daripada maklumat panggilan telefon, data-data sms di antara Anwar dan Eskay telah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Dato’ Eskay juga tidak menafikan, Anwar secara terbuka lebih fokus menyerang Tan Sri Rahim Thamby Chik daripada dirinya, sedangkan penglibatan RTC hanya bermula 3 hari sebelum pihak media didedahkan dengan video tersebut. Bagaimanapun, Eskay amat kesal bila ada penyokong Anwar cuba mengaitkan tindakannya itu dengan kes mahkamahnya dan juga sebagai satu aksi untuk mendapat habuan lumayan.

Untuk itu Dato’ Eskay telah memberitahu para blogger yang hadir bahawa beliau adalah rakan berhibur Anwar sejak beliau mula curiga tentang perhubungan Anwar dengan Sukma Darmawan, adik angkat Anwar dari Indonesia.

“Suatu masa, Anwar duduk di kediaman rasminya sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000 di rumah tersebut….” Eskay memulakan cerita.

Eskay mendakwa Anwar kemudian mengajaknya ke rumah untuk melihat tempat wang itu disimpan dan hilang. Ketika di rumah tersebut, Eskay terlihat Sukma di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar.

“Saya tanya dia, siapa tu… Anwar kata oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa dia curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal dibilik sebelah Anwar, sebaliknya, apa istimewa seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul disebelah bilik tuan rumah.

“You like him?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya, Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata, ‘I pun straight tau….”

“Selepas itu Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering meminta dia ikut serta dan kemudiannya mengendalikan perempuan-perempuan untuk Anwar.

“Macam Dato’ Nalla, tetapi Nalla pun ada sekatan, saya tidak…” tambah Eskay yang merupakan bekas sport therapist bagi pasukan Jimnastik Sukan Olimpik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.

“Kenapa Dato’ tak dedahkan ini lebih awal?”, tanya seorang tetamu yang hadir.
“Apa bukti saya nak sokong dakwaan saya?” pantas jawapan Eskay. “Tetapi bila saya dapat video ini, bukti itu (seolah di anugerahkan Allah) diberi kepada saya”.

Eskay yakin semua ini adalah petunjuk dari Allah s.w.t. Sebelum ini Eskay yang dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu proses pemulihan Anwar setelah kemalangan terjatuh dari kuda, pernah mendakwa kepada para wartawan, ‘enough is enough’ dan tidak mahu lagi dipergunakan oleh Anwar. Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah jawapan dari Allah s.w.t.

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk check and balance. Saya bukan ahli UMNO dan mana-mana parti pun. Tetapi saya suka bila pembangkang kuat, supaya kepentingan rakyat terjaga”

“Tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat di tipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan”, tegas Eskay menjelaskan tindakkannya.

Dato’ Eskay bagaimanapun meminta penyokong-penyokong Anwar supaya tidak menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian,  Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.
“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak…”

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan…” desak Eskay.
Soalan tersebut ialah, pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog…” minta Eskay.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

Penjelasan Eskay semalam menampakan episod ini akan berpanjangan lagi. Skandal video seks lelaki menyerupai Ketua Pembangkang yang sedang disiasat polis itu seolah-olah hanyalah permulaan. Anwar dan Wan Azizah telah menolak permintaan Dato’ Trio yang terdiri daripada Dato’ Eskay, Dato’ Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik supaya berundur dari persada politik tanah air.

Semua yang hadir yakin, Eskay yang merupakan ‘anchor’ dalam episod ini, mempunyai lebih dari sekadar video seks untuk didedahkan kepada umum

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.