Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM TERUS DIHINA

Umno Kelantan sedang menghina Islam

TUNGGULAH BALA DARIPADA ALLAH


KUALA NERUS - Kes-kes mahkamah yang dibicarakan di Malaysia didakwa menjadi bahan jenaka di akhbar-akhbar dan bahan ketawa kepada masyarakat luar negara.

Oleh itu, menurut Exco Kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi (gambar), dalam kes judi, mahkamah tidak akan memenangkan Islam sekiranya ada pihak yang akan menyaman kerajaan Kelantan kerana menguatkuasakan peraturan Islam itu, 

"Pelbagai perkara yang menjadi bahan ketawa masyarakat luar negara, kes mahkamah di Malaysia kalau keluar dalam suratkhabar luar negara, dia tidak duduk dalam bab serius, tapi duduk dalam bab jenaka , kerana terlalu banyak perkara jenaka yang berlaku,"katanya ketika menyampaikan ceramah di majlis penutup Sambutan Jubli Perak PAS DUN Tepoh disini Sabtu 2 April.

Menurutnya, walaupun Umno yang menjadi tunjang kerajaan pusat mengaku pejuang Melayu dan Islam, namun mahkamah yang dibawah kerajaan pusat tidak akan memenangkan Islam.

Katanya kerajaan Kelantan mempunyai pengalaman yang luas dalam kes-kes berkaitan Islam yang tidak dibela malah diperlekehkan oleh Umno.

Antara contohnya, kata beliau, apabila orang Umno sendiri telah menyaman kerajaan kelantan kerana menguatkuasakan peraturan memakai tudung dikalangan pekerja wanita, 

"Kita (kerajaan Kelantan) ada pengalaman yang luas, bila kita buat peraturan menutup aurat dikalangan pekerja wanita, ada satu perniagaan milik orang Umno di Kota Bharu, dia mencabar peraturan ini, dia tidak membenarkan pekerja wanitanya menutup aurat,

"bila dia bawa ke mahkamah,mahkamah yang ada tidak memenangkan Islam dan memberi kemenangan kepada peniaga tersebut,"jelasnya.

Katanya, kerajaan Kelantan terpaksa membayar ganti rugi kerana tuntutan yang dibuat oleh peniaga terbabit.

Justeru, menurutnya Umno Kelantan yang giat memperlekehkan peraturan-peraturan kerajaan Kelantan, sebenarnya sedang menghina Islam.

"Mereka berani mempermaikan Islam, kerana dia (mereka) tahu, apabila dia pergi ke mahkamah, dia akan menang di mahkamah,"tambahnya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.