Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGUNDANG BALA DARI ALLAH

View Image

KERANA MAHUKAN KEMENANGAN MANUSIA SANGGUP MELAKUKAN AMALAN DOSA

Sudah menjadi satu amalan yang busuk kepada pemerintah apabila mereka mahukan kemenangan dalam pilihanraya maka mereka sanggup melakukan apa saja isu untuk memikat hati rakyat sekalipun mereka melakukan amalan kotor dengan mencipta berbagai fitnah yang sangat mengaibkan sesama manusia

Dalam negara ini rakyat dihidangkan dengan isu-isu yang berkait dengan isu-isu penipuan, isu menjatuhkan maruah saudaranya sekalipun belum jelas kesalahannya, isu merasuah rakyat dengan mengamalkan pembelian manusia supaya rakyat menyokong mereka dipaparkan dengan meluas dimedia cetak dengan tujuan rakyat terpengaruh dengan mereka terus dimainkan

Agency kerajaan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu kerja muslihat mereka terus-menerus dijalankan tanpa ada rasa malu kepada rakyat, hilang harga diri sebagai pemerintah yang dikatakan ingin bersih dan cekap dalam pentadbiran negara melambangkan golongan pemerintah yang hilang moral disamping mengajar rakyat supaya tidak bermoral

Rakyat patut berfikir secara matang mengapa apabila hampir pilihanraya terlalu banyak janji pembangunan ? mengapa hampir pilihanraya terlalu bayanyak isu maruah pehak lawan dijatuhkan ?, mengapa hampir pilihanraya maka ramai rakyat yang keluar parti menyokong mereka ? tidakkah rakyat disuruh berbuat demikian setelah mereka disuap dengan berbagai rasuah ? Ini semua berlaku dihadapan mata rakyat dinegara ini

Rakyat yang sentiasa kekurangan merasakan satu peluang terhadap diri mereka sekalipun perbuatan mereka itu menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, ini bererti rakyat menggadaikan pendirian mereka kerana telah diasuh bersifat mengemis untuk kepentingan golongan tertentu, inilah  yang sedang berlaku dinegara ini

Dengan sikap rakyat dan pimpinan dinegara ini benarlah janji Allah  yang mengatakan bahawa setiap kesusahan dengan bala yang diturunkan oleh Allah adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri dan kita dinegara ini hanya menunggu bala yang telah diundang oleh mereka yang rakus mencipta berbagai dosa yang hanya mengharapkan kemenangan secara kotor

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.