Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

jAMBATAN CANGGIH LIMBANG BRUNEI

File:Jambatan Seri Wawasan 4493633704 3cbff54de1.jpg
Jambatan Malaysia-Brunei bina tahun ini

LIMBANG - Pembinaan jambatan Sungai Pandaruan yang memisahkan Limbang di Malaysia dan Temburung di Brunei bakal dibina tahun ini dengan kos RM25 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor berkata, perbincangan untuk pembinaan jambatan itu kini dalam peringkat akhir.

“Insya-Allah tahun ini (bermula),” katanya kepada selepas melawat Sungai Pandaruan di sini semalam.

Beliau berkata, dalam perbincangan minggu depan, kerajaan Brunei akan melihat model kerjasama pembangunan di sempadan membabitkan Malaysia dan Thailand melibatkan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bukit Bunga dan jambatan di Sungai Golok di Kelantan.

Pada 22 Disember tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Brunei bagi membina jambatan menyeberangi Sungai Pandaruan berikutan rungutan pengguna jalan raya dari kedua-dua buah negara.

Ketika ini pemandu yang sering berulang-alik ke kawasan sempadan itu terpaksa menggunakan khidmat feri untuk menyeberangi sungai seluas 20 meter itu dan kesesakan lalu lintas semakin teruk ketika musim cuti umum, cuti sekolah dan cuti perayaan sehingga ada terpaksa menunggu giliran di feri itu selama enam jam. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.