Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DR JUANDA PERLU TEGUR PEMIMPIN UMNO DULU


http://buletinonline.net/images/stories/berita46/idrisahmad.jpgParti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya  Mufti Perlis  yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.

Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.

PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.

Pas tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.  Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.

PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.