Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUDUH ORANG PUAK KHAWARIJ DAN PENGKHIANAT ISLAM MENUNJUKKAN KAMU KURANG AJAR

Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran

May 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.

Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”

“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Hari ini, pemimpin-pemimpin PAS menyelar kenyataan Juanda yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Antaranya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Ulasan
Ini mufti Perlis perlu belajar dari sudut Iediloji akidah yang ditetapkan olegh agama bukan dari sudut menjamakkan diantara islam dan melayu sebab melayu tetap melayu dan islam tetap islam, apa yang lebih baik adalah segala pandangan perlu mengikut dasar parti masing-masing iaitu diantara fahaman kebangsaan dan islam

Orang melenting kepada (kamu) Mufti Perlis ini kerana  kamu menyatakan pandangannya tidak selari diantara ayat-ayat quran dan hadis dengan reality dasar perjuangan parti sebab itu kamu tak faham akan tetapi kamu terus bercakap tentang perpaduan yang mana kamu sebenarnya yang tidak faham, ertinya kamu bercakap cara demokrasi cara otak kamu yang sepatutnya kamu gunakan akal

Apabila kamu bercakap tentang ekstrem yang terdapat dalam UMNO dan PAS yang perlu disekat rasanya kamu tak faham tentang ektrem dalam berpolitik setelah PAS telah dihajab oleh UMNO yang bersikap ego yang kamu tak nampak dan tidak tahu  dan enggan memohon ma;af yang ini sepatutnya kamu perlu sentuh

Kamu tak perlu nak ajar pembangunan yang PAS perlu sumbangkan sebab babi didalam hutanpun pandai buat pembangunan untuk anak dia, yang hairannya mengapa kamu tak sentuh soal pembangunan akidah yang mana rakyat dinegara ini sudah hampir muflis akidah

Kamu cuba bercakap tentang perbezaan pandangan politik adalah perkara biasa menunjukkan kamu buta mata hati, sebab itu jika kamu tak faham eloklah kamu tutup mulut, selesaikan akidah anak muda di negeri yang kamu ditugaskan sebagai mufti dahulu barulah bercakap tentang hal orang lain

Tuduhan kamu PAS sebagai puak khawarij dan pengkhianat islam menunjukkan sifat kamu yang kurang ajar, cakap tidak berlapik, nama saja bertugas sebagai mufti tapi akai letak bawah kaki, jika kamu tak puas hati ajaklah PAS bermuzakarah atau berdebat, 

Eloklah kamu cuci punggung sendiri dulu sebelum cuci punggung orang lain, bangang punya mufti

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.