Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARGA GULA NAIK PERMATA DAPAT RM 111 JUTA ?

PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).


pas muktamar 130610 idris ahmad"Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.


Alasan daripada kerajaan, tegasnya, ialah ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen.


"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara.


"Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol," tegas Idris dalam satu kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, katanya, PAS hairan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah.


azlan"Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

"Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," tambahnya.

Beliau menyifatkan sebagai dangkal alasan bahawa harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"(Dan) kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula," tambahnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.