Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO GENDANG LAGU LAMA

Saturday, 07 May 2011 01:43 Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Ajakan Umno agar PAS menyertai Barisan Nasional disifatkan Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Hassan sebagai mendendangkan sebuah lagu lama.

Beliau menegaskan PAS telah ‘muak’ (jemu) dengan lagu lama itu walaupun kononnya atas nama perpaduan Melayu bersama Umno-BN.

“Iklim politik negara kita hari ini sekali lagi disogok oleh Umno dan Barisan Nasional dengan lagu ‘lama’ yang telah didendangkan.

“Kita pun telah ‘muak’ mendengarkan lagu itu. Di mana Umno telah mengajak supaya PAS menyertai Barisan Nasional kerana perpaduan Melayu,” jelasnya ketika menyampaikan ceramah di perkarangan Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu, Khamis 5 Mei.

Menurutnya, pemimpin Umno memujuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat kononnya kerana PAS tidak ada masa depan bersama gabungan tersebut.

Bahkan, katanya, Umno mengingatkan PAS dengan menuduh DAP adalah sebuah parti yang menolak dan menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“PAS dituduhtelah menggadaikan prinsip perjuangan Islam setelah berkawan dengan DAP.  PAS tidak ada masa depan bersama dengan Pakatan Rakyat. Sebab, DAP menolak dan menentang Islam,” ujarnya mengulangi tuduhan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hakikatnya, kata Ustaz Nasaruddin kerjasama PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) boleh menyaingi kekuatan BN.

Malah, beliau yakin, Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

“Apabila PAS, DAP dan PKR bersama dalam Pakatan Rakyat ia menjadi satu parti yang kuat dan boleh menyaingi BN. Inilah yang memungkinkan BN tumbang dalam pilihan raya ke-13 akan datang, Insya’Allah,” ujarnya.

Kata beliau, paling tidak pun BN menghadapi kesukaran untuk mengembalikan semula 2/3 majoritinya yang telah hilang daripada sebagaimana tahun 2008, lalu.

Oleh kerana itulah, Ustaz Nasaruddin mendakwa, Umno mesti memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan PAS mesti dikeluarkan dari pakatan tersebut.

Selain itu, katanya Umno juga melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP agar tidak wujud kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat.

“Caranya, mesti pecah-belahkan Pakatan Rakyat. Dia (BN) mesti keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, dia mesti lagakan PAS dengan KeADILan (PKR), dia mesti lagakan PAS dengan DAP,” ujarnya.

Ustaz Nasaruddin menegaskan PAS tidak menolak perpaduan kerana Islam mengajar bersatu-padu tetapi mestikan atas dasar dan prinsip perjuangan Islam.

Katanya, syarat pertama yang mesti dipenuhi bagi menjalinkan perpaduan atas dasar pegangan al-Quran dan Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.