1. Di dalam sistem demokratik negara kita, BERSIH berhak untuk menyuarakan pandangannya dalam apa-apa isu yang ingin diperjuangkan mereka.
Tetapi ini tidak bererti mereka berhak untuk menganjurkan apa-apa aktiviti yang akan menjejaskan ketenteraman awam.
2. Seperti yang telah dilihat pada tahun sebelumnya, demostrasi sebegini akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar ibu kota.
3. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan sumber pendapatan golongan tertentu di kawasan yang terlibat.
4. Selain itu, keselamatan dan harta benda rakyat di kawasan yang terlibat mungkin juga akan terancam.
5. Oleh yang demikian, Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan agar pihak penganjur demostrasi BERSIH mengubah tempat demostrasi tersebut ke dalam sebuah "Stadium".
6. Tiada sebab yang munasabah untuk pihak penganjur BERSIH menolak cadangan supaya demostrasi tersebut diadakan dalam sebuah Stadium SEKIRANYA objektif mereka hanya untuk menyuarakan isu yang diperjuangkan mereka dan bukannya untuk mengakibatakan huru-hara dalam negara kita.
7. Adalah diharap pihak penganjur demostrasi BERSIH tidak akan menjejaskan kehidupan Rakyat dalam perjuangan apa-apa isu di dalam negara kita.
8. Pihak penganjur demostrasi BERSIH harus berprihatin terhadap nasib Rakyat dan ketenteraman awam. Keamanan negara tidak harus dipergadaikan.
*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang (gambar kiri) selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.
Ulasan:
Mau tengok bola boleh la, dalam stdium mau tunjuk perasaan sama itu tiang gol ka ? boloh punya cakap
0 orang berkata:
Post a Comment