Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Butul punya hal mesti cakap, ketua muslimat kena tengok ini semua !

Wanita DHPP puji muktamar muslimat lancar
Hazayani Zakaria   
SHAH ALAM, 2 Jun: Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan muslimat lebih kerap mengadakan program penerangan di kawasan luar bandar.

Ketuanya, Kumutha Dewi A/P Raman (gambar) berkata, masih ramai penduduk kapung yang tidak memahami perjalanan sistem pentadbiran di negara ini termasuk mengenai sistem pilihan raya dalam negara.

"Setakat yang saya jumpa orang kapung, masih ada yang tk faham apa itu demokrasi berparlimen. Bagaimana perjalanan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"PAS kena memberikan penerangan mengenai perkara ini," kata beliau sewaktu  menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-51 di Dewan Banquet, Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Beliau turut memuji kelancaran perjalanan muktamar kali ini yang disifatkan "lebih baik" daripada tahun-tahun lalu.

"Saya perhatikan muktamar kali ini lebih lancar berbanding tahun lalu dan para perwakilan berbahas dengan bagus dan matang," katanya yang pernah menjadi calon PAS pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaluddin menyambut baik ucap tama ketua DMPP, Nuridah Salleh mengenai persiapan muslimat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Menurutnya, seluruh muslimat harus mengambil kesempatan bermula dari sekarang untuk melangkah ke Putrajaya.

"Itu arahan spesifik daripada ketua muslimat kepada semua peringkat muslimat untuk mengembleng tenaga mereka ke arah Putrajaya.

"Saya nampak itu satu dorongan supaya semua petutugas muslimat mengambil kesempatan ini untuk memberikan segalanyaida kira masa, wang ringgit ke arah menjayakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Ujarnya juga, ucapan Nuridah itu juga jelas ke arah menyatukan seluruh muslimat untuk mencapai dan mengekalkan kemenangan PAS.

"Ayat-ayat tadi merupakan ayat penyatuan ke arah kita menguruskan kemenangan serta cekal dan berani dalam perjuangan ini," katanya yang juga bekas Menteri Besar Perak.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.