Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Cabar PAS Gugur Istilah Islam : Umno Dinasihat Bertaubat - Ditulis oleh Shakira Buang





SHAH ALAM 13 JUN : Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya segera bertaubat dari terus menyalahkan parti itu dengan mendakwa PAS telah mengenepikan serta menukar dasar Islam kepada dasar Negara Berkebajikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi semalam mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Mengulas lanjut perkara tersebut Tuan Ibrahim berkata, Umno-BN seharusnya mengambil tanggungjawab dengan memperkasakan serta melaksanakan dasar Islam dalam sistem pemerintahan negara dan bukannya menyalahkan pihak pembangkang. 

Malah katanya,  Umno-BN juga seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah sekian lama menindas serta mengabaikan kebajikan mereka.

"Saya ingat Umno ini kena bertaubat...saya cadangkan Umno seharusnya perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan masyarakat bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya dan kegagalan dia(Umno) sendiri untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang lebih bersifat terbuka, rahmat dan lebih bersifat adil,"tegasnya kepada Tv Selangor. 

Ulasan:

UMNO tidak perlu menasihatkan PAS supaya menggugurkan perkataan ISLAM daripada partinya kecuali PAS menukar dasarnya kepada kebangsaan ataupun demokratik atau leberal atau kominis

PAS tidak menukar dasarnya daripada islam kepada negara berkebajikan cuma PAS melaksanakan negara berkebajikan yang terdapat didalam islam sebagai salah satu daripada dasar cabang aktiviti parti tersebut sesungguhnya ISLAM itu luas, andainya PAS mahu katakan bahawa dia akan menjalankan dasar partinya sebagai negara berkebajikan maka ia adalah sudah lama melekat didalam dasar perjuangan islam itu  sendiri jadi UMNO tidak perlu mengajar PAS tentang ISLAM, apa yang penting ialah supaya UMNO belajar baik-baik apa maksud islam
 
UMNO tak perlu mencabar PAS supaya menggugurkan perkataan ISLAM pada parti tersebut kerana dasarnya adalah sesuai dengan ISLAM, sebaliknya UMNO yang sepatutnya menggugurkan perkataan kebangsaan pada partinya ini kerana UMNO gagal memelihara kebajikan bangsa melayu malah menyiksa bangsa melayu di negara ini kerana mengamalkan amalan berpuak-puak dalam memberikan kebajikan terhadap bangsa melayu itu sendiri dan UMNO jangan malu-malu mengakui akan kezaliman yang telah mereka buat  terhadap bangsa  melayu yang terdapat didalam PAS dan PKR

Adalah diharapkan supaya UMNO dan pucuk pimpinannya mencari kecerdikan tentang istilah ISLAM buka hanya bercakap tentang apa yang mereka tidak arif, adalah baik jika pimpinan UMNO bersunat lagi sekali jika mereka mahu faham tentang ISLAM


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.