Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BENAR HARON DIN KATA DEMIKIAN MAKA SAH DIA JADI GERGAJI DUA MATA




Oleh PENARIK BECA
Dalam laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Kepimpinan ulama perlu dalam Pas", Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din kata: "Parti tidak mahu sejarah berulang apabila tugas presiden tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Yusof Rawa yang menggantikan Tan Sri Mohd Asri Muda."
Pukul 10.30 pagi hari ini, 2 Jun 2011, seorang kawan menjangka Dr Haron akan menyatakan akhbar Sinar Harian salah petik atau salah lapor. Saya juga harap begitu. Saya harap Dr Haron tak kata gitu kat Almarhum Ustaz Yusof Rawa.


Saya harap sungguh Dr Haron tak kata gitu kat Almarhum. Sebab, kalau memang dia kata gitu, orang PAS ramai yang tak lupa ketika Almarhum bersama pemimpin lain bersusah-payah menghidupkan PAS selepas 1982, Dr Haron masa tu dok seronok-seronok dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Tajuddin Ramli dan entah Umno mana lagi.

Cuba Dr Haron beritahu kepada umum, sebelum dia dan puak tulaqa' yang lain sepertinya menerpa PAS selepas Anwar kena hambat dari Umno, berapa kali dia datang mesyuarat Majlis Syura walaupun PAS ketika itu pernah terhegeh-hegeh melantiknya sebagai ahli Majlis Syura? Kenapa selepas Anwar kena hambat dari Umno baru tak sombong kepada PAS?

Sekurang-kurangnya Almarhum tak sabotaj PAS seperti dilakukan oleh seorang yang kecut nak bertanding dalam pilihan raya umum 1999 dengan alasan yang lebih teruk dari lawak bodoh. Kecutnya itu menjejaskan peluang PAS di kawasan-kawasan di utara Semenanjung khususnya. Itu sabotaj namanya.

Tokoh tertentu dalam PAS juga tak pernah terpaksa keluar duit sehingga berjuta-juta untuk membayar tanggungan Almarhum untuk membolehkannya bertanding dalam pilihan raya. Almarhum tak menyusahkan PAS.

Berikut disiarkan sebahagian SMS Yang Dipertua PAS Padang Serai, Ustaz Fauzi Tahir yang dihantar kepada Dr Haron hari ini (tanpa edit sikit pun):

"hari ni tuan hina yusuf rawa, dulu tuan hina hj hadi, tuan kata anuar layak jadi presiden pas depan hadi, anuar tu ulamak ke? anuar bukan ahli pas dan x pernah ikut tarbiyah pas macam tuan juga, tuan x pernah diuji sejak join pas, tuan juga redha dgn cara hidup siti nurhaliza, ana rasa tuan patut malu pd diri sndiri dan letak jawatan timb mursyidul am & ahli syura sebelum didesak sbb tuan x layak..."
Bahagian seterusnya akan disiarkan selepas muktamar mengundi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.