Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hishammuddin nafi bantu firma Australia, adiknya digunakan

TERKINI @ 06:42:13 PM 06-06-2011
June 06, 2011
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan media asing bahawa adik bongsunya telah dibayar untuk mendapatkan kontrak-kontrak bagi sebuah firma pengeluar mata wang Australia.

“Saya menafikan perkara itu, ia tidak benar,” kata Menteri Dalam Negeri itu (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa Securency International, yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai ejennya pada 2009 atas harapan bahawa pemegang besarnya Datuk Haris Onn Hussein, akan “membolehkan akses, dan pengaruh ke atas ahli-ahli politik utama Malaysia.”

Haris, yang juga pengerusi Liberal Technology, merupakan sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan adik kepada Hishammuddin, yang akan berada di Canberra untuk menandatangani perjanjian yang membolehkan Australia menghantar 800 pencari suaka ke Malaysia dan menerima 4,000 pelarian.

“Adik saya? Pertama, saya memberitahu anda perkara yang benar, saya tidak tahu apa yang adik saya lakukan. Kedua, saya tidak melihat Australia akan berbuat demikian. Ketiga, tiada kaitan sama sekali dengan apa yang saya lakukan dengan Australia, sangat mudah,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Bagaimanapun, Securency dipercayai tidak memperoleh sebarang kontrak pembekalan nota mata wang daripada kerajaan Malaysia meskipun mendapatkan penglibatan Haris, yang memiliki saham atau berada dalam lembaga beberapa syarikat yang memperoleh manfaat konsesi kerajaan seperti label-label sekuriti mandatori bagi rokok dan pengeluar alkohol dan lebuh raya tol.
 
Syarikat itu memperoleh kontrak besar di Malaysia pada 2004 dan yang kecil pada 1998 dengan broker senjata dan bekas pegawai Umno Abdul Kayum Syed Ahmad.

Sejak itu dia ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung urusan itu dan penggunaan komisyen yang dibayar oleh Reserve Bank of Australia (RBA).

Securency, pembekal nota mata wang plastik, telah disoal siasat selama dua tahun oleh Polis Persekutuan Australia dan agensi British Serious Fraud Office kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Nigeria untuk

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.