Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUJUAN UTAMA UMNO MAHU BERBAIK DENGAN PAS IALAH SUPAYA BERSAMA DENGAN UMNO MENYERANG ANUAR



 Komen Yang Dangkal Dari Muhyiddin

Posted on Monday, June 06 @ 08:52:41 PDT by tokdalang

Oleh Mohd Sayuti Omar
Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membelasah Pas apabila Pas tidak memhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4xztk_pw9T4LegJocAV7iQPKYxMJsGQs1L-aOcmaGIbSNkNhv7-hF-se4kBfMe5hS23nGNWxOnD6SbFMmd6NbZJ6Q_Zp-NFXaiQWfrk3_PV97bY8LmgOahYMSXX4V7JyKmn3Jbe_fbgk/s1600/mat+lebam.jpgincang isu video lucah dalam muktamarnya. Menurut akal Muhyiddin Pas sepatutnya membincang untuk mempastikan siapa watak dalam video lucah berkenaan. Mulanya saya tidak percaya kalau sedangkal itu pemikiran seorang timbalan perdana menteri. Tidak ada kualiti langsung.


Kalau Muhyiddin seorang pemimpin berkualiti dan rasional politik dia tidak akan menyerang Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah. Tetapi mungkin kerana beliau terlalai atau pun menjadi tidak rasional bila Dewan Ulama Pas menolak isu video lucah, menyebabkan beliau berfikiran begitu. Gelap otak.

Kalau Muhyiddin cerah otak beliau tidak tergamak untuk memberi pandangan seperti itu. Dua perkara yang beliau kena fikir sebelum bercakap mengenai perkara itu, bukan bercakap dulu sebelum fikir. Pertama muktamar Pas adalah persidangan atau forum Pas membincang perihal partinya. Adapun isu video lucah bukan termasuk dalam agenda utamanya.

Tidak ada keperluan dan kepentingan untuk Pas membincang hingga lebur mengenai isu berkenaan. Inilah bezanya Pas dengan Umno. Kenapa tidak ada keperluan kerana isu itu adalah isu politik yang direstui oleh Umno. Mahkamah atau pihak berkuasa polis belum menentukan siapa lelaki berkenaan.

Pas tidak akan percaya kalau setakat Ibrahim Ali atau Zulkefli Nordin atau Datuk T yang mengesahkan itu Anwar kerana kredibiliti dan intergriti mereka juga tidak boleh dipercayai. Ibrahim Ali boleh menafikan dan menmgatakan itu 300 peratus bukan Anwar kalau takdir Anwar jadi perdana menteri kelak. Dan begitu juga dengan yang lain kerana mereka adalah species yang sama. Apakah Muhyiddin mahu Pas mahu menjadikan mereka itu sebagai nabi?

Jadi apakah Pas mempercayai akan persaksian oleh manusia fasik? Lainlah kalau mahkamah atau polis atau badan yang berautoriti mengesahkan watak itu adalah Anwar mungkin Pas boleh membincang dan mengambil pendirian dalam hal video lucah berkenaan. Kalau tanpa pengesahan tetapi Pas ikut membincangnya maka standard Pas samalah dengan Muhyiddin saja.

Maka apabila Muhyiddin mengkritik Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah maka samalah kepala dan gaya politik Muhyiddin dengan Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin dan juga Rahim Tamby Chik dan gengnya. Keana Muhyiddin harus meletakkan maruah dirinya serendah itu, berpolot dengan sampah sarap. Apakah kerana Muhyiddin sudah merasakan Umno dalam keadaan desprate maka beliau terpaksa merendahkan maruah dirinya.

Seorang pemimpin bakal menjadi perdana menteri seharusnya mempunyai pemikiran dan pandangan politik yang tinggi dan jauh ke depan. Misalnya Muhyiddin boleh mengulas isu-isu lain yang tidak disentuh oleh Pas, seperti usaha untuk mengukuhkan sokongan Melayu (nasionalis) dalam parti berkenaan.

Apabila beliau bercakap dan mengajak Pas membincangan isu video lucah orang akan boleh menilai bahawa politik Muhyiddin juga politik lucah. Di sinilah ketinggian budi Pas sebagai parti yang berteraskan prinsip dan dasar Islam. Mereka tidak akan sama terheret dengan isu-isu maksiat dan fitnah kerana ia dilarang oleh Tuhan.

Hendaknya Muhyiddin akan meralat singgungannya itu dan berilah komen lain yang mencerminkan bahawa beliau mempunyai daya intelektual politik. Dalam hal ini nampaknya Najib lebih unggul dari Muhyiddin. Bagaimana pun sama-sama kita tunggu ulasan Najib mengenai kemenangan Mohamad Sabu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.