Isteri keluar bekerja suami 'kerjakan' anak hingga mengandung
Gambar hiasan
HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 44 tahun layak digelar bapa setan apabila sanggup merogol dua anak perempuannya hingga seorang daripadanya kini sarat mengandung lapan bulan.
Bagaimanapun, selepas beberapa kali memperkosa kedua-dua anak perempuannya yang berusia 13 dan 15 tahun itu, rahsia lelaki terbabit akhirnya ‘dihidu’ isterinya berusia awal 40-an.
Tidak tahan dengan tindakan keji suspek selain mahu menamatkan kisah hitam, mereka menceritakan kejadian sebenar kepada ibu mereka.
Terkejut dengan pengakuan kedua-dua anak gadisnya, wanita itu membawa mereka membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, di sini, Khamis lalu. -HMetro



0 orang berkata:
Post a Comment