Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPR Cuba Perbodohkan Pakatan Rakyat 



Parti Keadilan Rakyat, PKR akan menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan laporan daftar pemilih yang lengkap sebelum membuat keputusan untuk membayarnya.


Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya PKR membuat bayaran sehingga RM48,000 kepada SPR tetapi mereka tidak memperoleh maklumatlengkap mengenai daftar pemilih.

“Kita mesti tuntut supaya dapat balik maklumat sepenuhnya supaya data ini tidak dimanipulasikan oleh pihak lain dan perkara ini tidak adil sekiranya kita bayar selepas itu kita mendapat maklumat yang tidak lengkap,” katanya.
 

Semalam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan SPR menawarkan sejumlah RM48,000 kepada parti itu untuk mendapatkan senarai daftar pemilih bagi suku keempat 2010.

Namun katanya, meskipun diminta membayar puluhan ribu ringgit untuk senarai nama tersebut, pihaknya berasa kesal berikutan maklumat yang diberikan tidak lengkap, dimana 90 peratus tidak disertakan nombor kad pengenalan dan alamat lengkap pemilih.

Dalam perkembangan lain, Tian yang juga Ahli Parlimen Batu turut melahirkan kekesalannya berhubung tindakan SPR tidak bertindak sebagai pengadil dalam himpunan aman BERSIH 2.0 yang dianjurkan badan-badan bukan kerjaan (NGO), bagi menuntut pilihan raya diadakan secara adil dan bersih.
 

“Pertama sekali ini terbukti seperti yang kita dakwa bahawa SPR tidak bertindak sebagai pengadil yang adil dan tidak melihat kepada mana-mana pihak. 
 

Tetapi mereka terus bertindak dengan cara berpartisan dan ini kita kesalkan.
 

“Dan atas sebab inilah ia menjadi sebahagian daripada tuntutan kita dalam BERSIH iaitu bukan sahaja daripada pengundian yang telus tetapi satu agensi seperti SPR yang bebas daripada pengaruh politik dan pilih kasih,” katanya.
 

Beliau menambah, untuk satu proses demokrasi yang telus dapat ditegakkan dengan adil, kedua-dua pihak perlu mendapat maklumat yang lengkap dan telus termasuk kepada phak pembangkang.
 

“Kalau kita mahukan satu persaingan yang sihat dan proses demokrasi yang telus kedua-dua pihak perlu diberikan maklumat yang sama dan telus. 
 

Ini yang sentiasa berlaku, SPR tidak memberikan maklumat penuh kepada pihak pembangkang,” tambah beliau

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.