Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Isu Murtad : Mengapa Perkasa Senyap?
   
Posted on Thursday, June 16 @ 07:26:51 PDT by paktam
 
 

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia jawapan bertulis daripada Menteri dihttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/jamil-khir-aug2.jpg Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) dengan sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam tanpa dapat mendengar suara daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) walaupun Presidennya juga adalah seorang Ahli Parlimen.


Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu / Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini, dimanakah Perkasa di dalam memperkatakan isu murtad ini? Apakah pendirian Perkasa di dalam isu murtad sepertimana yang dilaporkan di dalam Dewan Rakyat pada 14 Jun baru-baru ini. Apa yang dilakukan oleh Dato’ Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut? Kami curiga pendekatan selama ini yang dimainkan oleh Perkasa jika isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan Perkasa yang wujud selama ini? Hanya dengan keberanian di dalam akhbar sahaja, Perkasa sesuai menukar namanya kepada Perkasi. 

Bagi kami, perjuangan Perkasa hanya berkisar elemen politik kepartian semata-mata. Perkasa langsung tidak sensitif terhadap isu murtad yang melanda umat Islam kini. Perkasa akan hanya sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno / Barisan Nasional (BN) sahaja. Jelas rakyat perlu menolak perjuangan Perkasa yang berteraskan politik semata-mata tanpa melihat bahawa isu murtad sebagai keutamaan daripada isu politik tanahair. Dalam masa yang sama, Perkasa dilihat takut menegur kerajaan di dalam isu aqidah dan kepentingan Agama selama ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.