Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Nak demo depan Utusan yang PUM kata hina Islam? Perkasa akan lawan anda!

Posted on Wednesday, June 15 @ 23:11:40 PDT by tokdalang

Oleh Penarik Beca
Saya tidaklah pandai hukum hakam Islam. Oleh kerana itu, kecuali jelas sangat, saya tidak cukup ilmu untuk kata mana-mana pihak hina Islam.

Tetapi apabila Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyatakan karikatur dalam Utusan Malaysia menghina Islam, tentulah saya tak akan mampu menyatakan sebaliknya.


Bila PUM kata karikatur dalam Utusan menghina Islam, orang melihat Utusanlah yang menghina Islam.

Saya tidak nak tulis soal Umno atau ternakannya hina Islam atau Umno anti-Islam. Bagi saya, itu bukan berita. Lainlah kalau cerita Umno atau ternakannya tidak hina Islam dan tidak anti-Islam. Itu baru news. Ia sama dengan cerita anjing gigit orang. Ia bukan berita. Lainlah kalau orang gigit anjing. Itu baru news.

Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 pula Najib kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kenyataan seperti itu, nak kata apa lagi, nak bagi istilah apa lagi kalau bukan menghina Islam, anti-Islam dan lebih dari itu, menghina Allah s.w.t.? Nak bagi smokescreen yang lagu mana untuk menutupi perbuatan menghina Islam, menghina Allah yang terang-terangan itu?

Sebab itu saya kata bukan berita. Dah berpuluh tahun menghina Islam.

Apa Utusan buat itu bukan news sebab akhbar itu bukanlah ternakan Umno yang pertama menghina Islam. Pada 24/2/06, berlaku demonstrasi di hadapan pejabat NST kerana tindakan akhbar tersebut menyiarkan kartun yang disifatkan menghina Islam. Tetapi, masa itu lain. Kerana bergaduh dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dilihat mengepalai kecaman ke atas NST. Malaysiakini 23/2/06 melaporkan berita bertajuk "Editor NST patut digantung kerja, kata Dr Mahathir".

Bukan Dr Mahathir sahaja, situasi politik pada masa itu juga mendorong para pemimpin Umno yang lain mengecam NST. Mereka termasuk Ketua Pemuda Umno pada masa itu Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Penerangan Umno pada masa itu Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno pada masa itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyifatkan kartun NST itu "menghina Islam dan Rasulullah". Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin pula mendakwa anggota kabinet termasuk yang bukan Islam kesal terhadap tindakan NST itu.

Malah ada dakwaan yang membikin cerita bahawa sebahagian sepanduk yang diarak orang-orang PAS yang berdemonstrasi di hadapan pejabat NST itu sebenarnya dibekalkan oleh puak-puak Mukhriz. Harap-harap tidak benar. Kalau benar, sampai begitu sekali perebutan kuasa sesama Umno! Mao Tse Tung pernah kata, kalau dua ekor anjing bergaduh, mereka tentu sedang berebut tulang.

Kini, apabila PUM menyatakan kartun Utusan menghina Islam, adakah anda fikir para pemimpin Umno akan mengecam akhbar itu? Adakah anda fikir ada orang Umno akan membekalkan sepanduk untuk anda berdemonstrasi di hadapan Utusan? Silakan bermimpi!

Yang pasti, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana karikaturnya yang disifatkan menghina Islam oleh PUM, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana hendak mempertahankan maruah Islam yang menurut PUM dihina oleh akhbar itu, orang-orang Perkasa pasti akan bertembung dengan anda di sana. Firqah itu sudah bersumpah setia untuk "berjihad" mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke titisan darah terakhir!!!

Hina Islam tak penting. Yang penting bagi bangsa Umno itu, Utusan mesti dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir.


Jangan lupa!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.