Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BERKAWAN DENGAN ANJING AKHIRNYA KITA MENJADI BABI


Kickdefella vs Husam: Lain Yang Bengkak Lain Yang Bernanah

Bermula semalam hura-hara dunia cyber dibuatnya berhubung perjanjian syaitan antara calon Naib Presiden Pas dengan bekas ayam tambatannya.

Cakap-cakap di laman cyber mengatakan Husam telah membayar kepada Kickdefella sebanyak RM 300,000 melalui orang tengahnya, manakala Husam lari keluar negara selama berminggu-minggu untuk menunjukkan dia gentle kerana tidak terlibat dengan sebarang aktiviti kempen.

Petang semalam seorang pegawai khas Husam telah menafikan perkara tersebut, manakala hari pula Husam sendiri yang menafikannya. As usual, Umno yang menjadi mangsa.

Tup…tup…tanpa disangka-sangka petang ini niat Kickdefella membuat sidang media bagi menafikan dia ke negara China bersama Husam dan menerima wang sebanyak RM 300,000 telah membuka satu pekung lain. Lain yang bengkak lain yang bernanah.

Kickdefella dalam kenyataan medianya petang tadi di Bukit Kiara menafikan dia ke negara China bersama Husam serta menerima RM 300,000 darinya, tetapi memberitahu wartawan dia menerima RM 350,000 TUNAI  pemberian peribadi dari Husam melalui orang tengah kepadanya sebagai tanda simpati kerana telah ditamatkan kontrak oleh Nik Aziz di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kontrak Kickdefella ditamatkan lebih awal setahun oleh Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK kerana Kickdefella bermasalah dengan menantu Nik Aziz yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK pada masa itu. Nik Aziz telah menyampaikan sendiri cek yang bernilai RM 20,000 kepada Kickdefella sebagai pampasan kerana kontraknya ditamatkan lebih awal.

Pada masa itu Husam berdiri teguh di belakang Nik Aziz dan Ariffahmi. Sedangkan Kickdefella bertugas dengannya. Tetapi di belakang Nik Aziz dan Ariffahmi , Husam berhubung melalui orang tengah dan membayar ‘pampasan’ secara TUNAI dengan jumlah yang begitu banyak kepada Kickdefella.

Dalam hal ini bermakna Husam telah mengkhianati Nik Aziz dari belakang. Depan tunjuk baik, belakang tikam.

Itulah Husam Musa, seorang manusia yang cukup licik. Selama ini kita sering mendengar bermacam-macam cerita mengenai dia termasuklah dakwaan yang mengatakan dia mempunyai wang tunai yang banyak dan pernah disiasat oleh SPRM. Akan tetapi semua itu tidak mengena kerana tiada bukti. Dia memang seorang manusia yang cukup licik.

Saya yakin kali ini dia tidak akan terlepas lagi. Pendedahan Kickdefella sebentar tadi adalah sesuatu yang menggemparkan. Lain yang dicari , lain yang dapat.

Mengikut sumber, dalam sidang media petang tadi, Kickdefella banyak tidak menjawab soalan-soalan yang ditanya berkenaan hubungan dia dengan Husam. Dia terlalu banyak play safe yang mana tindakannya itu menunjukkan dia masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Husam dan jawapan-jawapannya banyak menyelamatkan Husam.

Nampaknya selama ini pemimpin serta ahli-ahli Pas telah ditipu oleh Husam kononnya dia bermusuh dengan Kickdefella. Nik Aziz sendiri juga turut ditipu oleh Husam.

Persoalannya kini, dari manakah Husam mendapat duit yang begitu banyak untuk dibayar kepada Kickdefella melalui orang tengah ? Perkara ini perlu disiasat oleh SPRM.
 
Bukankah lebih baik wang tersebut diagih-agihkan kepada setiap cawangan Pas untuk meneruskan perjuangan Pas ?

Perkara-perkara inilah yang perlu dinilai oleh para perwakilan yang akan membuang undi esok. Anda semua di minta berkorban jiwa, raga dan harta benda kepada Pas, tetapi pemimpin anda di atas senang-senang sahaja beri kepada orang yang menimbulkan kacau bilau dalam Pas serta ganggu gugat kepada Kerajaan Kelantan sebanyak RM 300,000.

1 orang berkata:

Anonymous said...

pelihara hantu raya memang mendatang manfaat, tapi kena berhati-hati, kalau tidak diberikan makan, maka tuan akan menjadi sasaran.

MOHD. AMAR ABDULLAH calon nib Presiden yang mewakili PAS negeri Kelantan & direstui dewan Ulamak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.