Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN DIBAWA TAMPARAN KEPADA HARUN DIN


Muktamar PAS: Menggalas warisan gagasan Yusof Rawa ...


Oleh ABU FIRDAUS
PAS adalah parti orang Melayu Islam tertua di negara ini. Sebab itu warisannya panjang iaitu sejak tahun 1951. Umno sudah terputus warisannya apabila ia menjadi Umno Baru pada tahun 1988. 
 
Tetapi kedudukan istimewa ini dapat diperkukuhkan dengan adanya pembaharuan Kepimpinan Ulama pada tahun 1983. Tajdid Hadhari yang menjadi tajuk ucapan dasar pertama Kepimpinan Ulama merupakan wawasan yang telah digagaskan oleh pucuk pimpinan ketika itu.

Ustaz Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abd Hadi Awang dan Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat menggagaskan wawasan parti tanpa mencabut jemaah daripada akar umbi warisan harakah Islamiyah.

Perlu dihargai betapa semua pembaharuan itu dilakukan dalam konteks perlembagaan negara dan parti. Ia dilakukan secara syura dan demokratik tanpa tercabut daripada akhlak warisan berjemaah dan beragama.

Walaupun PAS bukannya pemegang tampuk kuasa di Putrajaya tetapi ia mempunyai kejayaannya tersendiri berbanding parti-parti Islam lain di dunia, seperti Ikhwanul Muslimin di negara-negara Arab, Jamaati Islami di Pakistan, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Turki dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia.

Malah dalam Pakatan Rakyat, PAS dipandang oleh pihak luar sebagai bukan parti utama, kononnya Parti Keadilan Rakyat sebagai peneraju atau DAP sebagai dalang.

Sedangkan semua parti termasuk Barisan Nasional mengiktiraf pengaruh PAS. KeADILan dan DAP tidak akan meninggalkan PAS. Bukan itu saja, Umno pula yang mahu mengajak PAS dalam Kerajaan Perpaduan.

Politik merupakan seni yang salah silapnya hanya dapat dinilai oleh ahli sejarah dan sains politik setelah semuanya berlaku.

Justeru, dalam politik, berminda terbuka di kalangan pendokong adalah perlu supaya sebarang tindakan politik yang dijejakkan oleh para pemimpin dapat memberi kemajuan kepada parti.
PAS mencapai kemajuan besar sejak pilihan raya pertama di bawah Kepimpinan Ulama pada tahun 1986 dengan hanya satu kerusi parlimen, tetapi  pada tahun 2008 mempunyai tiga menteri besar PAS. 

Syukur bahawa kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak adalah kerana kelemahan daripada Adun bukan PAS. Sebaliknya apa yang berlaku di Perak itu menunjukkan bahawa orang Melayu Islam harus tingkatkan sokongan terhadap PAS.

Semua ini menjadi pengajaran kepada parti. Hakikatnya orang Melayu Islam masih belum padu yakin kepada PAS. Mereka bimbang PAS tidak dapat membela kepentingan orang Melayu walaupun Umno sudah merosot kewibawaannya.

Di sinilah wawasan masa depan untuk PAS. Iaitu untuk menjadi parti Islam yang berpegang teguh pada agamanya dalam tafsiran terkini dan progresif. Tetapi pada waktu sama memenuhi aspirasi orang Melayu yang tidak tercapai sepenuhnya di bawah kepimpinan politik.

Dalam hal ini, ia bukan persoalan PAS bersaing dengan Umno, KeADILan dan DAP. Ia bukan persoalan parti politik tetapi lebih untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia sebagai manusia.

Justeru, hala tuju masa depan PAS bukan sekadar bekerjasama dengan DAP, KeADILan atau Kelab Penyokong PAS tetapi memenuhi aspirasi demokratik dan keadilan sosial semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama.

Retorik umum ini memang indah untuk diucap dan didengar tetapi cabaran utama terletak pada menyelesaikan isu-isu semasa tempatan menurut idealisme parti.

Maka untuk hal ini sememangnya dituntut suatu corak kepimpinan yang luar biasa. Inilah tujuan muktamar ini. Mendapatkan kepimpinan dan mendokong bagi melaksanakan tugas mulia ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.