"Saya Terpaksa Jual Banglo Harga Murah Pada Khir Toyo" - Shamsuddin
SHAH ALAM 13 JUN : Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia menjual banglo dan dua bidang tanah kepada bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo pada harga RM3.5 juta meskipun ia dibeli dengan harga RM6.5 juta, kerana bimbang dengan nasib perniagaannya di Selangor.
Shamsuddin yang menyambung keterangan hari ini berkata, Khir telah menolak tawarannya untuk membeli banglo miliknya, di Shah Alam dengan harga RM5 juta hingga RM5.5 juta, sebaliknya hanya mahu membeli rumah itu dengan harga RM3.5 juta sahaja.
Beliau yang bimbang perniagaannya disabotaj jika enggan menurut kehendak Khir, akhirnya bersetuju menjual bonglo mewah itu pada harga yang diminta Khir.
“Kami ada pernigaaan di Selangor dan bekas menteri besar mahu beli rumah saya dengan harga RM3.5 juta.
Ulasan
Khir Toyo tu seorang samseng kah ? Takkan bila kita tawarkan harga yang kita mahu atas aset kita jika dia tak setuju maka dia akan sabotaj perniagaan pula, ini tak menesabah, apakah Khir seorang samseng
0 orang berkata:
Post a Comment