Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MALAYSIA SUDAH NEGARA BERKEBAJIKAN ? PRESIDEN PAS TERLAMBAT ?





Macam orang mengigau dari tidur… PM Malaysia mengaku Malaysia adalah Negara Berkebajikan. Kalau Presiden PAS cakap ke Arah Negara Yang Adil, neshttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwXqk1SAsxmmzaK3aUM21FYtLxwW5yWSxRop19b9UkvQg9nlD2vDCl6mZUY0qOTaQ6bU1YP2WeNCDEqc7z9rrXGmnNinT6Sx6voWyHjWdYrUTMbB0fJJP3fdEIDY6BheM5q-SdohY8VUY-/s1600/kebajikan1.jpgcaya PM apabila ditanya oleh wartawan pasti dia jawab.. Malaysia merupakan Negara yang adil. Samalah seperti mentornya. Tun Dr Mahathir Mohamed. Apabila Pas memperjuangkan kearah menegakkan Negara Islam lalu dia mengumumkan Malaysia adalah Negara Islam.

Hebat jugak Presiden PAS ni. Muktamar hanya di Taman Melewar, dok dicelah-celah taman dan perkampungan sempit di KUIZM. Hanya dibucu Taman perumahan tetapi diperhatikan orang diseluruh pelusuk dunia dan dalam kesibukan PM Najib berurusan di Kazakhstan, sempat lagi mengulas:

Kazakhstan : 6 Jun - Datuk Seri Najib Razak berkata laungan terbaru oleh PAS yang kononnya hendak mewujudkan sebuah negara kebajikan bukanlah perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan oleh Umno dan BN selama ini.

Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.
Sebenarnya Presiden Pas sudah memperkenalkan istilah negara berkebajikan ini sejak 2008 iaitu zaman pak Lah menjadi PM. Dah 3 tahun pemimpin Umno tak belajar memahaminya. Istilah pun masih keliru. Lihatlah betapa bebalnya apabila seseorang yang tak belajar tentang Islam. Tidak mengetahui tentang definisi dan takrifan ‘Negara Berkebajikan’ menurut Islam. Yang dia tahu subsisi & wang ehsan aje!!!. Golongan sekular tahu penggunaan istilah tetapi tidak tahu maknya. Istilah itu tetap difahami sebagaimana minda sekular mereka.

Apabila mereka menyebut agama lalu mereka melihat agama Islam sebagai agama-agama lain yang sekular yang memisahkan agama dari pemerintahan sedangkan ulama dan gerakan Islam mentakrifkan Islam sebagai ad-din yang menyeluruh dan syumul dan mencakupi segenap bidang apatah lagi pemerintahan sebagai khalifah Allah bagi meneruskan tugas Adam a.s.

Apabila disebut ‘sembahyang’ bagi mereka penganut budha pun sembahyang, penganut hindu pun sembahyang. Apakah sama dengan solat umat Islam. Apabila disebut taat kepada ibu-bapa maka semua agama menganjurkan taat kepada ibu-bapa tetapi adakah sama dengan perkataan al-birr (buat kebajikan) terhadap ibu-bapa?

Kekeliruan ini dan kebebalan ini dijelaskan sendiri oleh Allah Swt:


" Bukanlah dikatakan kebajikan itu kamu menghadapkan wajahmu ke ke timur maupun ke barat akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah kamu beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat, kitab dan nabi-nabi serta memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Baqarah:177).

Bila kita kaji ayat-ayat tentang kata al birr, termasuk ayat di atas, maka akan didapat kesimpulan bahwa kebajikan itu menurut Mahmud Syaltut dalam tafsirnya di bahaginya menjadi tiga, iaitu birr dalam aqidah, birr dalam amal dan birr dalam akhlak.

Maka cuba kita lihat Negara Malaysia yang dikatakan Negara kebajikan oleh Umno-BN sebagaimana disebut Najib. Apakah aqidah Negara Malaysia? Islam kah? Apakah amalan Negara Malaysia? Apakah Negara rasuah, kronism, pecah amanah, serta pelaksanaan cukai serta kenaikan harga barang, elektrik, petrol yang tak terbendung ini merupakan kebajikan? Apa lagi dari segi akhlak maupun halal/haramnya. Hakikatnya Negara berkebajikan adalah Negara Islam yang lengkap dengan cirinya yang meletakkan asas-asas aqidah Islamiyyahnya serta Negara yang dipandu dengan ajaran al-Quran dan al-Hadis serta dipimpin oleh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Nak harapkan Umno? Jauh panggang dari api!!!


Nampaknya betapa kuat cengkaman minda sekularisme yang membelenggu pimpinan Umno-BN sehingga menghukum sesuatu berdasarkan benda semata. Banyak lagi tugas ulama muda Umno untuk mentarbiyyah pimpinan mereka.
Itupun kalau nak dibanding, dikira dan dihitung... kebendaan duniawi, kebajikan kebendaan pun gagal dilaksanakan oleh Umno-BN terhadap rakyat Malaysia jangankan akidah & spritual. Sudah semoleknyalah... alternatif PR menggantikan BN dalam PRU 13 nanti bagi mempamerkan apakah sebenarnya Negara Berkebajikan yang dapat dipamerkan kepada rakyat keseluruhnya.

Tak tengok, tak rasa dan kalau tak undi PR manakan dapat merasa!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.