Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MATA JAMIL KHIR BUTA KEPADA TUGU



Saya mengalu-alukan kenyataan yang di buat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan. 

Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan.

Ia bersandarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maidah ayat 90 yang menyatakan bahawa arak, judi, memuja berhala dan bertenung nasib adalah amalan syaitan dan mestilah dijauhi. 
 
Di samping tugu 1 Malaysia terhadap sebuah lagi tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara. Di samping itu juga terdapat sebuah patung Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Pertama kita di hadapan parlimen. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.