Menjadikan PAS parti masa depan |
Posted on Tuesday, June 07 @ 21:00:00 PDT by tokdalang Oleh Abu Firdaus Untuk melihat bagaimanakah masa depan sesebuah parti, maka wajar diperhatikan muktamar pemuda-pemudinya. Itulah harapan masa depan parti.Bagi pemuda, dapat dilihat perkembangan yang berlaku dalam Dewan Pemuda PAS sementara dalam pemudi pula, diteliti pula Dewan Muslimatnya. Ruang waktu bagi golongan muda tidaklah lama. Sekitar 20 tahun saja. Daripada 20 tahun iaitu baru keluar sekolah hinggalah 40 tahun. Selepas itu sudah menjadi golongan tua. Dalam masa 20 tahun inilah seseorang boleh mencorak dirinya dan peranannya dalam parti. Untuk tempoh ini, ia bermakna ada 20 kali muktamar jikalah seseorang itu istiqamah dan menyertai parti dalam waktu yang muda. Sepanjang 20 tahun itu, pilihan raya yang dilalui adalah kira-kira empat kali saja. Maka untuk menjamin masa depan parti, Dewan Pemuda wajar mendapatkan sebanyak anak-anak muda untuk menyertainya. Ulasan: Pas perlu merangka pentadbiran yang baru dengan mengemaskini semua jentera parti untuk tujuan masa depan, ramai yang berpandangan bahawa perubahan pada pucuk pimpinannya adalah langkah pertama untuk parti itu melihat pada keseluruhan kerja parti bagi menarik lebih ramai rakyat menyertainya terutama golongan muda tanpa mengabaikan akidah Sikap keseluruhan anggota parti perlu dibedah siasat dalam perhubungannya dengan rakyat disamping memahami adat budaya yang dapat dijadikan budaya negara selagi ia tidak bercanggah dengan islam dan pantang larang hidup bermasyarakat |
0 orang berkata:
Post a Comment