Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nazri akui Najib PM dari UMNO terakhir...

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz membayangkan semakin ramai pemimpin BN yang terima hakikat bahawa perdana menteri akan datang tidak semestinya dari Umno dan BN atau khasnya Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah bukti terkini bahawa pemimpin Umno dan BN sudah hilang keyakinan dan terasa ini adalah penggal terakhir mereka menjelang pilihanraya ke 13 nanti," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri ekoran Muktamar Tahunan PAS ke 57 baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mendakwa, perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam Pakatan Rakyat, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan Nazri ini, Abdul Hadi berkata, beliau tidak bercadang mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.
 
Ulasan:
Bagaikan suatu perubahan yang baru berlaku didalam minda rakyat apabila pucuk pimpinan Pas berubah pada muktamarnya baru-baru ini, rakyat sekarang ini melihat bahawa Pas benar-benar sebuah parti yang mampu menggantikan UMNO bagi memelihara bangsa dan agama untuk orang melayu

UMNO begitu cemas dengan pucuk pimpinan baru Pas, berbagai-bagai pandangan negatif yang dilemparkan oleh UMNO terhadap Pas kerana mereka nampak pucuk pimpinan baru yang berada didalam Pas kini tidak menunjukkan bersedia bekerjasama dengan UMNO

UMNO semakin cemas kerana akan hilang kuasa memerintah negara, rata-rata rakyat sekarang melihat Pas sebagai pengganti UMNO kerana dasar cabang Pas untuk memberikan kebajikan terhadap rakyat tanpa memilih kasih seperti yang telah dilakukan oleh UMNO selama ini

UMNO benar-benar cemas ! Sementara rakyat mahu mencuba kebajikan yang di utarakan oleh Pas dan rakan-rakannya didalam pakatan, sikap rakyat ini menyebabkan UMNO sudah tidak yakin untuk memerintah negara sebab itu UMNO sudah malas bercakap untuk mempertahankan Putera Jaya, mereka tak cakap lagi langkah mayat UMNO jika mahu rampas Putera Jaya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.