Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK TENGOK SIAPA YANG MATI DULU

bunuh pemimpin; Pemuda PAS Terengganu 'dikerah' untuk berdepan


 
 
KUALA TERENGGANU -  Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu tidak gentar dan bersedia berdepan dengan mana-mana 'samseng' yang mengugut pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata amalan 'ugut-mengugut' adalah bercanggah dengan Islam dan nilai-nilai demokrasi.

"Kami pemuda PAS tidak takut (kepada sesiapa) melainkan kepada Allah, InsyaAllah, pemuda PAS akan mempertahankan mereka yang dizalimi,"katanya dalam pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Buletinonline.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian 'ugutan bunuh' pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan BERSIH yang diterima melalui SMS lewat malam semalam dan awal pagi ini.

Ustaz Mohd Nor turut menakwa, amalan ugut mengugut tidak ada dalam PAS tetapi ia sudah menjadi kelaziman kepada sesetengah perangai pemimpin Umno.

Ugutan 'bunuh' tersebut sebagaimana dipetik berkata “kalau perhimpunan (BERSIH) ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh Pemuda PAS di negeri Terengganu untuk turun beramai-ramai menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9hb Julai bagi mempertahankan pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang dizalimi.

"Ugutan bunuh didakwa akan dibuat ketika Himpunan BERSIH maka wajib kita turun beramai-ramai untuk mempertahankan pimpinan,"jelasnya.

Sebelum ini, beliau menganggarkan kir-kira 50,000 pemuda dan ahli PAS Terengganu akan menyertai Himpunan bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih itu.

Beliau turut mendesah supaya pihak polis menjalankan sisatan dan mengambil tindakan dengan segera kepada 'dalang' yang menghantar ugutan bunuh tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.