Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGARA BERKEBAJIKAN LANGKAH BIJAK PAS








Sethttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/asri-zainal-mugshot-jan6.jpgelah sekian lama istilah “negara Islam” menyukarkan PAS bergerak lebih jauh ke depan dalam masyarakat majmuk Malaysia, kini penekanan parti itu terhadap usaha melahirkan negara berkebajikan telah memberi nafas baru kepada PAS.Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan konsep negara berkebajikan yang menjadi tema muktamar parti tahun ini.


“Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam sidang akhbar selepas perasmian muktamar PAS ke -57 di sini Jumaat lalu, Abdul Hadi apabila ditanya wartawan tentang negara berkebajikan menjelaskan: “Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja, tak laksana, tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran. Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Dr Mohd Asri berkata penjelasan Hadi mencerminkan PAS kini bergerak bersama kebanyakan gerakan Islam global yang mula keluar dari retorika negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar.

“Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah atau Islamic state seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah.

“Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu. Apabila perkataan ‘daulah Islamiyyah’ atau Islamic state muncul, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah Islamiyyah atau Islamic state ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia. 

“Disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang Islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu. Walau pun kadang-kala pertentangan ada asasnya, sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai,” katanya.

Beliau menambah bahawa gambaran gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan ‘negara Islam’ itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Hanya apabila gerakan Islam benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, baru mereka sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan, tambah beliau.

“Perjuangan politik dalam Islam bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. 

“Bukan penting pada jenama tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari mungkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam,” kata Dr Mohd Asri.

Menurutnya, soal mekanisme hukum termasuk hukum hudud boleh dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, dan diwujudkan suasana kondusif yang memungkinkan keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi. 

Buat masa ini, tambah beliau, bukan masanya lagi untuk membawa isu-isu mekanisme hukum, sebaliknya penggerak Islam perlu tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan.

Dr Mohd Asri berkata beliau juga sedang meneliti apakah maksud negara kebajikan yang PAS cadangkan kerana konsep negara sedemikian mempunyai pelbagai tafsiran dan gambaran.

“Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apa pun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut,” katanya.

Dalam ucapan dasar muktamar dengan tema Membangun Negara Berkebajikan, Hadi antara lain menjelaskan gagasan itu bermaksud kerajaan negara berkebajikan perlu:

• Bertanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain;
• Tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan;
• Mewujudkan kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani;
• Melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman; mengikut kaedah perundangan Islam yang menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya; dan
• Menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan.

Usaha PAS itu disambut baik oleh DAP yang telah pun melaksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT) dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bagi memastikan setiap warga negeri dilindungi dan mendapat manfaat secara adil. Amalan pentabdiran bersih yang sama juga dilaksanakan di Kedah, Kelantan dan Selangor.

Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong memuji keberanian Hadi dan PAS untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan, dan bukan bermain kata-kata, untuk mewujudkan dan meluaskan amalan negara berkebajikan.

Menurutnya, langkah itu bijak dan tepat pada masanya, terutama apabila rakyat dibebankan dengan masalah ekonomi yang berpunca daripada kelemahan dan ketidaktelusan pemerintahan BN.

“Yang harus diketengahkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat adalah hak saksama dan perpaduan dalam isu ekonomi,” katanya.

Beliau berkata prestasi hebat pembangkang di Singapura serta kebangkitan rakyat di Asia Barat berkongsi punca, iaitu ketidaksetaraan hak, kenaikan kadar inflasi dan kemunculan generasi Facebook.

Beliau menjelaskan bahawa walau pun Singapura dan kebanyakan negara Asia Barat mencatatkan pertumbuhan yang pesat, kejayaan ekonomi itu tidak memadai untuk menyembunyikan masalah sebenar – agihan tidak adil, akses untuk peluang dan masalah yang berkaitan sehingga mencetuskan kebangkitan rakyat.

Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata kebangkitan itu pula diperhebatkan melalui kempen internet, terutamanya dengan penggunaan laman sosial maya Facebook secara meluas.

Dengan itu, beliau berpendapat usaha negara berkebajikan PAS selaras dengan dasar Pakatan Rakyat yang memerlukan satu penilaian semula dasar-dasar gaji, penetapan gaji minimum serta menyekat kemasukan tidak terkawal pekerja asing yang diamalkan oleh pemerintah pusat sekarang.

“Selain menyediakan pekerjaan dan gaji munasabah, kita perlu satu anjakan besar dalam isu perumahan, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan kelestarian, di samping penjagaan alam sekitar,” katanya.

Beliau berharap pimpinan Pakatan Rakyat dapat berbincang segera untuk memperkemaskan lagi konsep negara berkebajikan yang dibawakan oleh PAS supaya dapat dihuraikan kepada rakyat dengan lebih jelas dan mudah difahami. – Roketkini.com

elah sekian lama istilah “negara Islam” menyukarkan PAS bergerak lebih jauh ke depan dalam masyarakat majmuk Malaysia, kini penekanan parti itu terhadap usaha melahirkan negara berkebajikan telah memberi nafas baru kepada PAS.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.