Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA MASJID, MENGAPA UMNO MARAH ?

View Image

Setelah UMNO tersepit didalam politik demokrasi yang diamalkannya sendiri kerana tersasar dari sistem tersebut maka sekarang ia memakan tuannya, sistem pemilihan ini lebih tepat sekiranya  saya katakan bai'ah saja untuk orang tertentu bagi mentadbir masjid rasanya tidaklah salah asalkan ia dapat memberikan keadilan dan ketelusan secara adil dan memuaskan hati semua pehak

Sebenarnya apa yang sangat dibimbangi oleh UMNO ialah kekalahan ahli mereka di Masjid dalam pemilihan jawatan untuk mentadbir masjid kerana sebahagian dakwah islam akan berlaku dari masjid untuk kefahaman didalam ilmuan islam dan UMNO tidak mahu anggotanya faham didalam ilmuan agama kerana takut nanti apabila  ahli UMNO faham tentang islam maka mereka pasti akan meninggalkan parti tersebut

Mereka UMNO lebih suka jika anggota mereka dilantik saja sebagai mengetuai masjid kerana perangai mereka hanya suka menjadi ketua saja dalam semua urusan sedangkan anggota mereka tidak rajin mengumarahkan masjid, apabila mereka merasakan fungsi masjid berfaedah untuk kepentingan politik maka barulah mereka menjengok masjid, ini berlaku dimana-mana didalam negara seperti Malaysia

Demikian juga dengan perlantikan pegawai-pegawai masjid, seboleh mungkin mereka mahukan orang mereka yang menguasai masjid sekalipun kelayakan mereka begitu rendah untuk  memegang jawatan tersebut, apa yang berlaku di P.Pinang yang dihebohkan hanyalah masalah politik sahaja bukan kerana agama kerana yang  gegak gempita membangkang hal pilihanraya masjid di P,Pinang ialah pimpinan UMNO saja ini menunjukkan ada kepentingan politik yang mereka rasakan merugikan politik mereka

Pak Karamu yang berpengalaman menjadi Pengurusi masjid bertahun-tahun faham sangat apa sebenarnya yang berlaku di P.Pinang dan ianya berlaku juga di luar P.Pinang, cuma yang sangat dimarahkan oleh UMNO ialah kerana P.Pinang diperintah oleh DAP, mereka takut DAP menguasai majlis agama islam P.Pinang dan terus menguasai orang melayu P.Pinang, semua ini adalah masalah politik

Sepatutnya orang politik yang di luar P.Pinang jangan masuk campur dalam urusan agama di P.Pinang kerana orang melayu/islam P.Pinang boleh selesaikan masalah mereka dan mereka lebih arif dengan masalah mereka, tak guna UMNO  menjadi anjing menyalak bukit yang tak akan meruntuhkan bukit hanya dengan salakan bodoh




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.