Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO MEMANG PANDAI AGAMA TAK CAYA TANYA MASITAH

View Image
June 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Puteri Umno mengkritik penubuhan Kelab Taat Suami yang dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab yang kononnya untuk mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam.

Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan berkata, Islam menuntut suami menghormati isteri dan bukannya menjadikan isteri objek seks dalam rumah tangga.

“Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Hujung minggu lalu, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti “pelacur kelas pertama”.

Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa wanita tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan.

Sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, timbalan presiden persatuan itu, Musa Awang berkata, isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah.

“Walaupun suami diwajib memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, isteri sepatutnya mentaati suami dan ia juga diharuskan dalam al-Quran.

Bagaimanapun kata beliau, sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan.“Kita memang perlu taat pada suami. Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah.

“Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah,” kata beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.