Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Sebelum berhimpun, PAS mahu runding dulu

Jun 15, 11 1:26pm
 
PAS berhasrat berdialog dan berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan BERSIH kedua pada 9 Julai ini.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) berkata pertemuan itu sangat penting bagi memastikan tuntutan gabungan itu dapat dipenuhi.

"Pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi.

"Tetapi ia jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini," katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat bila pertemuan itu akan diadakan dan butiran terperinci tentang perkara itu.

Dalam kenyataan medianya pertamanya setelah dilantik sebagai ketua penerangan PAS yang baru minggu lalu, Tuan Ibrahim mempertahankan perhimpunan BERSIH bulan depan yang mempunyai matlamat yang baik.

Ini kerana, katanya, sebarang penyelewengan dalam pilihan raya akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan kalau tidak diatasi akan mengundang pemberontakan.

Biarkan provokasi

Sementara itu, beliau juga membidas tindakan Jabatan Pendafaran Selangor (JPN) yang didakwanya mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyifatkan perkara tersebut "bukan isu kecil yang boleh dipandang sebelah mata".

"Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang talah menimbulkan pelbagai bantahan rakyat.

"Semua ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai konspirasi bersama Umno/BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka," katanya.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3Tuan Ibrahim juga kesal dengan polis yang didakwa membiarkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (kiri) membuat pelbagai kenyataan yang didakwanya boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Tindakan pihak polis seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi dikeluarkan dengan bebas.

"Sehubungan itu PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas PERKASA dapat dilakukan bagi mengelak satu provokasi menjelang BERSIH 2.0 dapat dielakkan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.