Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENJELANG BERSIH ADA RUNDINGAN DENGAN SPR


BERSIH bukan masalah ekonomi, bukan masalah video sex, bukan masalah fitnah, bukan masalah pentadbiran Dato Najib dan Ketua Pemudanya lembab, bukan juga kerana UMNO sudah hilang sokongan cina,India dan melayu akan tetapi BERSIH adalah kerana SPR tidak berlaku adil dalam mentadbir pilihanraya, sepatutnya biarkan BERSIH menunjukkan perasaan mereka kerana ketidak adilan SPR, walau apapun BERSIH akan berjumpa dengan SPR terlebih dahulu dengan menuntut apa yang mereka rasa adil dan bersih, jika ada yang tidak dipersetujui oleh BERSIH atau SPR tidak bersedia melayan maka barulah BERSIH keluar dan kasi bersih

Apa yang timbul masalah BERSIH ialah ada pengacau-pengacau yang  tidak mahukan BERSIH dalam pilihanraya, mereka mahu pilihanraya secara KOTOR dan melakukan penipuan supaya mereka sentiasa menang kerana menipu, yang menjadi hairan kepada kita ialah mengapa PERKASA, bloger UMNO, anggota UMNO saja yang bising dan melaporkan kepada polis dengan alasan yang tidak langsung bersifat demokratik ? Sedangkan geng katak didalam Parlimenpun meminta speaker supaya membincangkan himpunan BERSIH telah ditolak oleh Speaker, ini menunjukkan bahawa niat bersih itu adalah BERSIH jadi mengapa mereka yang anti himpunan BERSIH beria-ia nak membuat bantahan ?

Parti didalam komponen BN sendiripun akan menghadiri himpunan bersih nanti sekalipun sebagai pemerhati, itulah yang dinyatakan oleh peguam GERAKAN sementara MCA senyap saja itu sudah menandakan ia bersetuju jadi apa alasan UMNO yang terus menerus hendak menentang himpunan BERSIH ? Sebenarnya UMNO sendiri mahukan BERSIH namun mereka terpaksa berdiam diri tanda memerap dendam kerana tak suka dengan BERSIH tapi takut bersuara lantang kerana takut nanti rakyat tahu kebusukan parti mereka lalu mereka mempergunakan PERKASA dan juak-juaknya untuk membuat protes dengan berbagai-bagai alasan bodoh dan kotor

Apa yang sebenarnya berlaku didalam UMNO ialah parti itu semakin ditolak oleh rakyat kerana terlalu banyak kesalahan yang telah mereka lakukan, sebenarnya UMNO sudah ketandusan keberanian untuk menyatakan kebersihan sebagai amalan mereka sebab itu cabang parti mereka iaitu Pemuda, wanita, Putera dan puteri UMNO sekarang terus mengecut, mungkin Induk parti mereka dah habis fulus untuk mengupah anggota partinya untuk bersama keperhimpunan BERSIH sama ada menyokong atau membantah, kerana penyakit anggota UMNO ada fulus ada kerja, tiada fulus tiada kerja

 Kesediaan BERSIH untuk bertemu dengan SPR menunjukkan BERSIH sukakan KEBERSIHAN dan persetujuan SPR bertolak ansur demi kebersihan menyebabkan himpunan BERSIH mungkin dibatalkan, dan inilah yang diharapkan oleh rakyat keseluruhannya, sepatutnya UMNO atau badan NGO yang lain termasuklah PERKASA dan geng kataknya memujuk SPR supaya bersedia berunding dengan BERSIH supaya apa yang mereka takuti selama ini dapat dihindarkan

Andainya SPR tidak bersedia berbincang dengan BERSIH maka apa-apa yang berlaku buruk nanti maka SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya, ertinya ada ruang untuk mengelakan mala petaka sekiranya ia benar-benar berlaku, sementara itu akhbar utusan dan PERKASA jangan pula nak buat bermacam-macam bentuk PROVOKASI untuk hangatkan telinga rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.