Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERBARU!!!!SOKONGAN ORANG MELAYU TERHADAP UMNO SEMAKIN KURANG MENURUT KAJIAN PUSAT KAJIAN ANTARABANGSA...

 

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kajian antara bangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu bandar.
 
Laporan terbarunya menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, disebabkan amalan rasuah dan politik intrik  (kotor) yang dilakukan parti pemerintah itu.

Kelompok ini, dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.

“Meskipun pengundi di luar bandar di semenanjung Malaysia berterusan menyokong Umno, terdapat cadangan mengatakan parti itu hilang sokongan signifikan dari golongan berpendidikan, Melayu liberal kelas pertengahan,” Kata cabang penyelidikan majalah mingguan, The Economist itu.

Sejak kebelakangan ini, Umno berterusan menggunakan sentimen Melayu dan agama, melalui media dan lidah rasmi mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Ia termasuk dakwaan jahat bahawa wujud usaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Umno, namun tindakan itu gagal menarik sokongan Melayu terhadap parti itu yang semakin berkurangan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.