Sekarang semua lapisan masyarakat faham bahawa parti UMNO dan BN dalam keadaan sakit, rakyat semakin meninggalkan parti tersebut, dalam masa yang sama UMNO sebagai teras komponen BN terus menyerang parti Pakatan Rakyat supaya rakyat membenci parti tersebut akan tetapi bukan saja rakyat tidak memperdulikan seruan UMNO itu malah menyertai parti tersebut dan memperkokohkannya
UMNO sepatutnya mencari kelemahan parti sendiri dan memperbaikinya bukan melihat kelemahan parti orang lain yang mereka anggap lemah, apa yang kita lihat sekarang ialah semakin mereka menyerang Pakatan Rakyat maka semakin benci rakyat kepada BN dan UMNO dan semakin semak telinga rakyat mendengar termberang mereka, saban hari saban terpencil parti tersebut dihati rakyat
Sebenarnya rakyat sudah bingung dengan gelagat pimpinan BN/UMNO yang suka mengambil tahu hal parti lain seolah-olah parti mereka sahaja yang benar dan betul sedangkan terlalu banyak kesalahan yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan ekonomi mereka yang sukar untuk dibendung lagi, rakyat bertambah susah, barang bertambah melambung, kemudahan asas bertambah membebankan rakyat dalam masa yang sama mereka masih memburukkan parti lain
Rakyat sudah kenyang dengan hujah kerajaan untuk memburukkan parti lain sedangkan apa yang diharapkan oleh rakyat ialah pemulihan ekonomi mereka perlu diselamatkan, rakyat tidak menjadi kenyang atau lebih selamat dengan perangai UMNO yang memburukkan parti lawannya sedangkan rakyat terus terbelenggu dengan kesusahan hidup yang semakin bertambah
Rakyat semakin menjadi cerdik untuk menilai kehidupan mereka kerana rakyat yang terhimpit dengan kesusahan membuatkan rakyat semakin matang berfikir kerana himpitan kehidupan tersebut, dalam masa yang sama para pemimpin kerajaan semakin bebal dengan idea untuk melonggarkan kehidupa ekonomi rakyat dan para pemimpin semakin menjadi bodoh untuk menilai kehendak rakyat supaya kembali menyokongnya
Rakyat tidak dapat apa-apa faedah sekiranya para pemimpin negara terus menyerang musuh politiknya, kehidupan rakyat terus menerus menjadi pincang dan tidak berubah, mungkin mereka menyangka kerana dapat mengumpulkan rakyat yang ramai dan mengajak membenci kepada parti lawannya maka mereka anggap rakyat menyebelahi mereka namun apa sebenarnya yang berlaku ialah rakyat terus menerus terhimpit untuk hidup selesa ibarat menang sabung kampung tetap juga tergadai
0 orang berkata:
Post a Comment