Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Aiik ? Gelombang dulu dia belasah sampai lebam mata !

Rahim Noor samakan gerakan hak asasi dengan komunis, umpama ‘agama baru’

TERKINI @ 06:42:32 PM 26-10-2011
October 26, 2011
KUALA LUMPUR, 
26 Okt — Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.

“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini. “Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme,” kata Rahim (gambar) ketika berucap selepas perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.

Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai “agama baru”, Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai “laman spiritual” mereka dan melebarkan pengaruh mereka.

“Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia,” kata bekas pemimpin PDRM ini, yang menjadi tumpuan di sebalik isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.

Rahim, antara pemimpin kanan PDRM yang telah memainkan peranan dalam membawa kepada perjanjian damai 1988 antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) berkata, ramai pemimpin Melayu sayap kiri ketika era pasca-Perang Dunia Kedua terpedaya dengan aliran komunis kerana menjangkakan mereka akan menjaga kepentingan pihaknya tetapi akhirnya sedar mereka telah dipergunakan. Ketika itu Rahim merupakan pengarah Bahagian Cawangan Khas PDRM.

Turut hadir pada perhimpunan hari ini ialah ahli perniagaan “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mengaku mempertontonkan rakaman video seks didakwa melibatkan Anwar akhir Mac lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.