Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA HAL PULAK ?

Selasa, 25 Oktober 2011

UIAM : Najib Hantar Hishamuddin, Mahasiswa Tetap Akan Turun

Gombak, 25 Okt : “Perdana Menteri tidak jadi datang UIA.”, demikian respon seorang pemimpin tertinggi negara ketika dihubungi wakil Gazebo Daily semalam untuk mendapatkan pengesahan berhubung usaha pihak mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Najib hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, tempat Perdana Menteri akan digantikan dengan Menteri  Pertahanan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagi merasmikan penutupan Debat Piala Perdana Menteridi UIAM Gombak malam ini.

Najib diberitakan tidak dapat hadir kerana mempunyai tugas lain.Mahasiswa tetapturunSementara itu, dalam kenyataan berasingan, jurucakap SMM, Ahmad Shukri Kamaruddin hari ini memberi jaminan mahasiswa tetap akan turun berhimpun di UIAM pada malam ini untuk menyerahkan memorandum kepada PM.

“Hisham ke Najib ke, kita tetap akan turun. Kita akan hantar seramai mungkin wakil-wakil front mahasiswa untuk hadir.”, jelasnya yang mensasarkan sekitar 500 akan turun pada malam ini.

“Itu tanda Najib gentar dengan acahan anak muda.”

“Namun kita akan tetap teruskan demonstrasi esok (hari ini), ini masa terbaik untuk serang apabila musuh undur.


“Ingat, kita pertahan kebebasan akademik, bukan Aziz Bari. Hari Esok Milik MAHASISWA!”, ujarnya.


Rektor UIA dikurniakan gelaran Dato’ Seri

Dalam pada itu, rektor UIAM, Datuk Zaleha Kamaruddin semalam telah menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Datuk Seri” bersama 14 lagi yang lain sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang ke-81, semalam. Gelaran itu ternyata satu pengikhtirafan tinggi buatnya yang kemudiannya semalam 

mengumumkan penarikan balik pergantungan ke atas Prof Dr. Aziz Bari berkuatkuasa hari ini.
Prof. Aziz Bari diminta melaporkan diri ke pejabat hari ini seperti biasa. – GZDaily

1 orang berkata:

Anonymous said...

kalau nak wat demonstrasi, bia ar wat demonstrasi tu dpn masjid ag. leyh membuatkan org lua pandang serong.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.