Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hudud: Kelantan bentuk jawatankuasa teknikal pelaksanaan

October 24, 2011
 
KUALA LUMPUR, 24 Okt Kelantan hari ini meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll bagi membuat kajian tentang pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Jawatankuasa itu yang akan dianggotai 19 ahli akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Polemik mengenai hukum itu muncul semula bulan lalu dan muncul pandangan pelbagai pihak – ada yang menekankan ia boleh dilaksanakan di Kelantan dan ada yang berpendirian tidak boleh sebab bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Baru hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah jawatankuasa itu untuk melihat beberapa sudut tertentu bagi membolehkan hukuman berkenaan dapat dijalankan di negeri ini mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau yang juga timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan memberitahu,”ada pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada.”

“Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,” jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Dipetik Harakahdaily, Mohd Amar berkata, latar belakang mereka yang dilantik dalam anggota itu mengikut kesesuaian dalam bidang profesional masing-masing khususnya dalam bidang agama, keselamatan seperti polis dan Jabatan Penjara.

Kata beliau, Senator Mumtaz Mohd Nawi merupakan satu-satunya wakil wanita dalam jawatankuasa itu.

“Apa yang penting sekarang setiap apa yang ingin dilakukan mengikut kerangka undang-undang,” tambah Mohd Amar.

Antara anggota jawatankuasa yang dilantik ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri, dua orang anggota Exco kerajaan negeri dan Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dan bekas anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.