Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
 

 

 

Sunday, October 2 

Utusan saman orang kuat 1Malaysia... kahkahkah...

Utusan buat laporan polis ke atas Namewee

Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan, didakwa lucah terhadap syarikat milik Umno itu dan wartawannya Fauziah Arof, yang dikeluarkan oleh penyanyi rap berkontroversial Wee Meng Chee atau dikenali Namewee menerusi satu klip video Internet baru-baru ini.

Mingguan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, laporan itu dibuat berikutan atas alasan Namewee (gambar) menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu.

Akhbar edisi Ahad memetik Penasihat Undang-undang Kumpulan Utusan Mohd. Jefri Daman berkata, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.

“Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah,” katanya.

Ia tidak menyebut bila laporan itu dibuat tetapi laporan ini diterbitkan dua hari selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Wee, penulis lirik dan pembikin filem yang berkontroversi, sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia.

Beliau menyatakan demikian meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit “Nasi Lemak 2.0” kerana didakwa mengkritik negara.

Najib berkata Wee seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.

Dalam artikel itu penulis akhbar itu berkata tidak akan memberi sokongan kepada filemnya walau ia menerima pujian sebanyak mana sekalipun.

Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep 1 Malaysia.

Kata akhbar itu ia bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu tetapi kerana ia hasil karya Wee yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara ini dan menghina lagu Negaraku.

Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam artikel tu.

Wee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Kata Najib, Wee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1 Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri.

“Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1 Malaysia,” kata Najib yang juga Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin.

Kata Najib, beliau menggalakkan Wee untuk terus memberi segala pandangannya melalui cara sebagai pemblog atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1 Malaysia.-
TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.