Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Pemikiran manusia sentiasa dibelenggu kegagalan
  
Posted on Monday, October 10 @ 08:40:34 PDT by paktam
 

APA sahaja manhaj yang diimport daripada luar kepompong Islam seperti Marxishttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0sgT5TA7kn5PLSR2YZg4grntoMNjXQ1TRFen5eF_8zBjXkMCH37yqEYP0HiJis_GZBMpmk7KIm7_y8F0Tqf9yLkXtX0jbXITlzj8KeYRN3NOkhxsq7Dfu1y9wESl8m2jIU6GQ6SGzLHQ/s320/capture37.jpgme, Zionisme, Sekularisme, Nasionalisme dan apa sahaja nama akan mendapati bentuk dirinya itu gagal, jika dibandingkan dengan u ***** pemikiran Islam. 
 
Kesemua isme berkaitan telah menemui jalan buntu, kemajuan yang dicapai oleh orang Islam penuh dengan faktor keyakinan dan kepercayaan jitu kepada Pencipta.

Ia juga mampu untuk menundukkan sistem-sistem Barat berkenaan kepada keunggulan sistem Islam yang lebih komprehensif dan universal, sedangkan undang-undang manusia hanya cenderung dan memperkukuhkan ideologi yang selari dengan nadanya.
 
Penyelesaian kepada segala permasalahan ialah berusaha untuk melaksanakan Syariat Islamiah dalam apa jua keadaan tanpa memilih bulu dan warna kulit. Maka Muslim perlu melihat perkara di bawah ini dengan serius dan berfikiran matang bahawa akal manusia tidak akan samapai kepada kebenaran hakiki.

1. Talmud merupakan himpunan beberapa pendapat daripada puak Yahudi di semua peringkat, yang kononnya sebagai kitab alternatif yang menggantikan Taurat yang dipenuhi dengan dakyah dan perancangan jahat mereka bagi menguasai bumi ini dengan segala bentuk kerosakan.

2. Muslim lelaki dan perempuan yang lemah iman terpedaya untuk beriman dengannya seperti mana mereka beriman kepada al-Quran, Injil, Zabur dan Taurat yang menceritakan asal kejadian manusia untuk memimpin mereka ke arah kesempurnaan iman yang dituntut oleh Islam.

3. Ia merupakan penyelewengan fakta yang dinisbahkan kepada golongan Bani Israil atau Yahudi asal yang dimasukkan dalam ilmu-ilmu Islam bertujuan untuk meragukan orang Islam tentang agama mereka sendiri agar dirasakan ada kelemahan dan akhirnya semakin longgar ikatan mereka dengan Islam, sebagai contoh hukum berzina telah jelas dalam Taurat dan al-Quran, tetapi mereka sengaja selewengkan fakta dengan mengatakan bahawa hukum berzina hanya perlu dilumur dengan arang pada jasad orang yang berzina dan bukannya direjam sampai mati.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.