Wednesday, April 25, 2012
Malaysia menuju kearah pentadbiran ala Diktator
Berdasarkan kepada apa telah dan sedang berlaku di Malaysia di bawah pemerintahan regim Umno Barisan Nasional, kebarangkaliannya amat jelas Malaysia menuju kearah pentadbiran ala Diktator. Hujah Kerajaan Rakyat bersandarkan kepada beberapa faktor induk:
1 ~ Pemimpin Eksekutif tertinggi negara TIDAK dipilih olih majoriti rakyat negara ini. Perdana Menteri Malaysia dilantik oleh Raja aka DYMM Agong setelah dicadangkan oleh sekumpulan kecil pemimpin dari parti Umno/BN.
2 ~ Pemimpin Eksekutif tertinggi negara yang juga dikenali sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk melantik penggantinya. (Ini serupa cara pemerintahan "Kuku Besi" / "Diktator")
3 ~ Pemimpin Eksekutif tertinggi negara atau Perdana Menteri TIDAK mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini, tetapi mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa sahaja mengikut sesuka hatinya. Sebagai contoh; Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menggunakan kekerasan melalui penyalahgunaan kuasa polis dan agensi penguatkuasaan kerajaan bagi menyekat hasrat rakyat terbanyak untuk berhimpun secara aman. DBKL dan PDRM telah disalahgunakan untuk menzalimi hasrat mahasiswa untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka.
4 ~ Dalam sejarah pemerintahan Malaysia belum pernah seorang pun Perdana Menteri diheret untuk dibicarakan ke mahkamah di atas salah guna kuasa sekalipun kebarangkalian kesilapannya amat jelas dan nyata. Sebagai contoh: Kebarangkalian keterlibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam kes pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Sharribbu mengatasi andaian syak.
Ensiklopedia bebas, Wikipedia mentakrifkan Diktator seperti berikut:
Diktator merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu negara.
Di negara-negara Barat, istilah "diktator" biasanya dikaitkan dengan kekerasan dan penindasan yang kejam. Contoh-contoh orang yang dianggap diktator ialah Benito Mussolini dari Itali, Adolf Hitler dari Jerman, Idi Amin dari Uganda dan Francisco Franco, bekas Ketua Negara Sepanyol
Nota kaki: Adalah tidak mustahil satu masa nanti tercatat dalam sejarah dunia Najib Razak dan Mahathir Mohamad dinamakan sebagai diktator lantaran keterlanjuran mereka dalam pentadbiran beracukan perasaan tamak, rakus dan zalim
Perakuan:Kerajaan Rakyat aka Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab penuh terhadap apa yang dititipkan di atas bersandarkan kepada pemerhatian keadaan semasa pentadbiran negara Malaysia yang dicintainya. Harapan dan doa Kerajaan Rakyat, insyaALLAH selepas pilihanraya umum ke-13 nanti, Malaysia akan bebas dari cengkaman pemimpin dan regim zalim yang gemar mengkhianati rakyat. Ameen.
0 orang berkata:
Post a Comment